KESIHAN MAHATHIR DENDAMNYA MASIH TIDAK TERBALAS KINI


.
May be an image of 2 people and text that says "malaysiakini Mahathir dakwa Anwar cuba kunci mulut Melayu Dr M berkata kerajaan melarang "orang ramai untuk tak bercakap tentang kaum dan agama", namun tiada larangan seumpama itu dibuat. MARCH 20, 2023 AT 6:44 PM malayslakini Dr Mahathir Mohamad melancarkan satu lagi serangan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim tetapi nampaknya dia mengambil kenyataan presiden PKR itu di luar konteks."
All 52

Mudahnya begini. Jika ada sesiapa yang mainkan isu kaum dan agama, maka orang itu berada dalam keadaan terdesak. Mereka tiada lagi peluru untuk menembak pihak yang mereka anggap musuh.

Tidak ada larangan untuk orang Melayu berbincang masalah mereka. Bukan sahaja orang Melayu, apa sahaja kaum berhak untuk memperkata tentang masalah yang membelenggu kaum mereka.

Tapi yang tidak boleh adalah menghasut kebencian antara kaum contohnya dengan menuduh kaum lain sebagai punca kemunduran kaum sendiri. Ataupun mengungkit konon hak kaum mereka dirampas oleh kaum lain.

Dalam isu yang dibangkitkan Mahathir ini, tidak ada satu bukti pun kerajaan menghalang perhimpunan itu. Malah kalau nak kata mereka cuma acah-acah anjur program itu dan kemudiannya batalkan sendiri demi nak menyalahkan kerajaan pun ada logiknya.

Setakat beberapa bulan ini DS Anwar amat menitik beratkan nasib rakyat termiskin. Petani miskin dan golongan B40 serta miskin tegar. Banyak bantuan dan insentif yang dibuat untuk golongan tersebut.

Siapa majoriti petani miskin? Siapa majoriti B40? Siapa lagi kalau bukan Melayu. Kalau DS Anwar tak pedulikan nasib Melayu, nak buat apa susah payah beliau rencanakan usaha basmi kemiskinan?

Boleh sahaja DS Anwar buat program untuk bantu kontraktor dengan nama Melayu, yang kemudiannya beliau boleh minta komisen untuk dimasukkan ke dalam akaun parti. Tapi tak. Itu bukan cara beliau.

DS Anwar nak basmi kemiskinan yang telah sekian lama membelenggu kaum Melayu, tanpa ketepikan kaum lain yang juga termasuk dalam golongan itu. Walaupun usahanya tidak memberikannya dana.

Mungkin itu yang Mahathir marahkan. Sebab DS hanya utamakan orang miskin. Manakala yang kaya pula dikenakan lebih cukai. Jadi Mahathir marah kerana itu akan menjejaskan kekayaan kroninya.

Sebab kalau Mahathir betul fikirkan nasib Melayu dan rakyat miskin, nescaya Mahathir akan hargai usaha yang sedang dan bakal dilaksanakan oleh kerajaan perpaduan ini. Guane boh?

Raja Gelap

.