Aku ada tonton video Zahid Hamidi yang berucap dalam majlis MIC. Kata Zahid, kalau BN tak menang dalam PRU15 ni, bukan setakat dia, akan ada ramai lagi pemimpin BN lain yang bakal didakwa.
Antara nama yang disebut ialah Saravanan dan juga Hishamudin. Aku tak ingat satu persatu. Tapi aku tonton video tu sambil tersengih.
Jadi betullah yang pemimpin BN tu semua rasuah ye? Dan betul jugalah kelam kabut buat PRU awal sampai musim banjir pun dia nak redah sebab nak selamatkan kluster perasuah ni?
Dari ucapan Zahid, itulah perkara paling jelas yang kita lihat. Jadi memang betul pemimpin BN semua hidup dalam ketakutan. Mereka tambah tak tenang kerana Isnail ada MoU dengan PH, menyebabkan ugutan untuk tarik balik sokongan tak berkesan.
Rakyat tak boleh nampak ke? Ucapan Zahid seolah olah dia dah merancang nak salah guna kuasa bila dapat mandat besar nanti. Bayangkan kalau BN betul menang. Apa akan terjadi?
Dah tentu kluster perasuah ini akan dilepaskan. Dah tentu juga yang belum didakwa akan terselamat. Dan paling utama, tentu kerja menyakau akan jalan lebih lancar. Sanggupkah kita sebagai rakyat untuk biarkan ini terjadi? Guane boh?
Raja Gelap