SELAGI ADA PAS DALAM TU ..JANGAN DOK BUAT PASAI....BUAT MENYUSAHKAN SAJA..

 

Kenyataan Anwar ‘disalah petik’, PH takkan kerjasama dengan Muhyiddin, kata Guan Eng


Lim Guan Eng berkata parti pembangkang lain mesti menerima Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri dan kerjasama dengan Muhyiddin Yassin hanya boleh berlaku jika Majlis Presiden PH menarik balik keputusan sebelum ini.

PETALING JAYA: Kenyataan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Anwar Ibrahim disalah petik berhubung kemungkinan kerjasama dengan bekas sekutu Muhyiddin Yassin, kata Pengerusi DAP Lim Guan Eng.

Lim berkata, Majlis Presiden PH sebelum ini memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) dan juga Muhyiddin kerana peranannya dalam Langkah Sheraton yang menyebabkan kerajaan PH tumbang pada Feb 2020 selepas 22 bulan berkuasa.

“Seseorang itu tidak boleh bekerjasama dengan individu yang mempunyai isu kepercayaan yang serius,” kata Lim dalam kenyataan.

“Kerjasama dengan Muhyiddin atau PN hanya boleh dibuat sekiranya Majlis Presiden PH menarik balik keputusan sebelum ini.

“Saya akan menentang sebarang usaha menarik balik keputusan ini,” katanya.

Terdahulu, Anwar dilaporkan berkata, PH terbuka untuk berunding mengenai kerjasama dengan Muhyiddin dan juga bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad.

Apabila ditanya adakah beliau akan mempertimbangkan kerjasama dengan Mahathir yang juga pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA) dan pengerusi PN, Muhyiddin sekali lagi, Anwar berkata, PH hanya bekerjasama dengan mereka yang menolak rasuah dan salah guna kuasa.

Mengenai kemungkinan kerjasama dengan Mahathir, Lim berkata, PH sedia bekerjasama dengan parti pembangkang tanpa syarat kecuali menerima Anwar sebagai calon perdana menteri.

“Bagaimanapun, Majlis Presiden PH tidak dimaklumkan mengenai sebarang perubahan pendirian Mahathir,” katanya dengan menambah, Anwar memberi jaminan kepadanya mengenai prinsip ini dan menjelaskan kenyataannya disalah petik.

Dalam kenyataan berasingan, Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil, berkata parti itu tidak berhasrat mengadakan perbincangan dengan GTA dan PN berhubung kerjasama dalam pilihan raya umum ke-15.

Anwar juga sebelum ini menolak kerjasama dengan Mahathir lagi dalam pilihan raya akan datang kerana pendirian pemimpin itu terhadap sesuatu perkara sering berubah-ubah.

No comments: