LAWAN LA ..APA LAGI DAH KAPIRKAN UMNO SEMULA....SONDOL TAK LEPAS....

 

‘Takdirnya kita lawan’, tapi tak putus hubungan dengan Umno, kata PAS






Mursyidul Am PAS Hashim Jasin berkata partinya akan meneruskan
 agenda perpaduan ummah bersama Umno dan ia tidak semestinya
 berlangsung sebelum PRU15.

PETALING JAYA: Keputusan PAS bersama Perikatan Nasional bagi menghadapi PRU15 tidak bermakna parti itu memutuskan hubungan Muafakat Nasional bersama Umno.

Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin, berkata partinya akan meneruskan agenda perpaduan ummah bersama Umno dan ia tidak semestinya berlangsung sebelum PRU15.

“Bagi PAS kita tetap dengan MN…kita tak putus kerana agenda perpaduan ummah. MN bukan ‘targetkan’ masa tertentu, ia akan berterusan. Andaikan kita gagal tetapkan PRU15, agenda ni akan diteruskan,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata demikian ketika ditanya ketetapan PAS bersama PN dan adakah parti itu akan meninggalkan Umno.

Ketika ditanya mengenai syarat ditetapkan Bersatu untuk memusuhi Umno, Hashim berkata, PAS sudah membuat teguran kepada parti pimpinan Muhyiddin Yassin itu.

“Kita bantah kenyataan itu kerana tak bawa agenda perpaduan ummah. Bersatu dia sedar kita bantah, kita cakap tak patut guna kenyataan itu,” katanya.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai pertembungan 27 kerusi dengan Umno, Hashim berkata pihaknya sedia berdepan parti berkenaan dan menganggapnya sebagai satu proses demokrasi.

Bagaimanapun, beliau mengharapkan pertembungan itu tidak akan mengeruhkan agenda perpaduan ummah antara PAS dan Umno.

“Kita lawan boleh lawan, tak ada masalah, takdirnya Umno boleh lawan PAS, PAS boleh lawan Umno disebabkan ketetapan hari ini maka kita lawan. Tapi jangan keruhkan agenda MN kerana MN adalah perintah tuhan,” katanya.

Terdahulu Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata partinya bersama Barisan Nasional memutuskan bergerak solo pada PRU15 selepas PAS membuat ketetapan kekal dengan PN.

Beliau berkata, pihaknya sudah menjangkakan keputusan yang akan dibuat oleh PAS itu.

“Hakikatnya, Umno tidak pernah menutup pintu kepada sebarang usaha murni ke arah penyatuan ummah yang berteraskan nilai keikhlasan dan kejujuran,” katanya dalam kenyataan.

No comments: