INI VIDEO WAJIB TONTON UNTUK BAKAL-BAKAL PENGUNDI BN


 Sejak semalam tular satu video petikan ucapan Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi dalam suatu program MIC yang diadakan menjelang pembubaran Parlimen, baru-baru ini.

Khusus kepada bakal-bakal pengundi BN, mereka wajib menonton video tersebut dan mengetahui kenapa Zahid Hamidi mahu sangat-sangat BN menang pada PRU15 akan datang.

Tuan-tuan dan puan-puan, dengarkan bait-bait ucapan Zahid Hamidi itu, mereka nak BN menang bukan untuk membela rakyat atau memajukan negara ini, tetapi untuk menyelamatkan tengkuk mereka semata-mata.

Sebab itu, kata beliau, BN mesti menang PRU15 nanti yang dianggap ibu segala pilihan raya.


Kalau tidak ada berbuat apa-apa yang salah, kenapa takut dengan kemenangan pihak lawan?

Apakah dengan kemenangan BN, ia bererti mereka akan menggunakan kuasa politik untuk menutup semua salah laku yang telah dilakukan?

Dengarkan juga nama-nama yang disebut Zahid Hamidi itu, apakah ia bermaksud semua mereka itu sudah ada kekotoran dan perlakuan melanggar undang-undang yang sedia menanti?

Maknanya, undi rakyat yang diharapkan memenangkan BN nanti hanyalah untuk menyelamatkan mereka itu, termasuk Zahid Hamidi sendiri yang belum selesai perbicaraan berkaitan pecah amanah dan penggubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi.

Terjawablah juga kenapa UMNO beria-ia mahu PRU disegerakan, walau di musim tengkujuh dan mungkin banjir sedang melanda sekali pun.

Berdasarkan pengakuan Zahid Hamidi tentang tujuan kemenangan BN itu, apa jadi akhirnya kepada nasib rakyat?

Ternyata rakyat bukanlah keutamaan perjuangan dan tujuan kemenangan mereka.

Masih sanggupkah tuan-tuan dan puan-puan memberi undi kepada BN? – ShahbudinHusin 12/10/2022.



No comments: