ELOK SANGAT SANGAT : PKR kekal tolak kerjasama dengan Dr Mahathir kerana mungkir janji





Pendirian menolak sebarang bentuk kerjasama dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dibuat bagi mengelak PKR ditipu sekali lagi, kata Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Setiausaha Agung PKR itu berkata Pengerusi Parti Pejuang sudah memungkiri janji sebelum ini dan mereka tidak menolak sekiranya ia boleh berulang lagi selepas ini pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) nanti.

“Saya terlibat sungguh-sungguh dalam mendamaikan Dr. Mahathir (Dr. Mahathir) dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, tetapi akhirnya Dr Mahathir hanya berbalas dengan khianat dan janji.

“Sebelum ini (PRU-14) kami bagi peluang dan kami bersangka baik serta letak (Dr. Mahathir) sebagai pilihan pertama (calon) Perdana Menteri walaupun PKR hampir terbelah dua ketika itu.

“Saya membantu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengajak ahli parti menerima Tun M pada waktu itu melawan UMNO dan (PRU-14) telah pun membuktikan bahawa UMNO boleh dikalahkan dan PKR boleh menjadi pemaaf pada waktu itu.

“Pengalaman hampir 2 tahun bersama (Dr Mahathir), sejarah berkawan dengan Tun M adalah sejarah khianat dan mungkir janji,” katanya dipetik laporan Utusan Malaysia.

Terdahulu, Dr Mahathir menyalahkan Ketua Pembangkang, Anwar sebagai puncaPakatan Harapan (PH) enggan bekerjasama dengan gabungan politik diketuainya.

Dr Mahathir berkata masalahnya sekarang Presiden PKR itu yang tidak mahu bekerjasama dengan beliau walhal dirinya seorang yang baik dan mahu Anwar menjawab mengapa enggan menerima sebarang bentuk kerjasama dengannya.

“Soalan perlu diberikan kepadanya sama ada beliau akan bekerjasama dengan saya.

“Masalahnya beliau yang tidak mahu bekerjasama dengan saya. Saya adalah seorang yang sangat baik,” katanya sebelum ini.

Dr Mahathir sebelum ini meletak jawatan dan tidak menepati janjinya untuk memberi Anwar menjadi Perdana Menteri dan menyaksikan Tan Sri Muhyiddin Yassin diangkat menjadi pengantinya selepas mendapat majoriti Ahli Parlimen.