PH bentuk kerjasama pilihanraya dengan Muda. Ada yang minta aku ulas...


Pendirian aku hal Muda ni jelas. Aku tak boleh nak terima pengkhianat. Aku yakin DS Anwar, berdasar kepada komen beliau sebelum ini, juga tak berminat untuk terima Muda.


Akan tetapi DS Anwar adalah seorang demokrat tulen. Walaupun beliau Pengerusi PH, tetapi beliau akur kepada kehendak majoriti. Bukti yang dalam PH tiada 'Abang Besar'.


Rasanya dalam Keadilan, hampir 100% tolak parti proksi Mahathir ini. Malah sayap pemuda Amanah juga menolak Muda. Tapi PH bertindak berdasarkan keputusan majoriti.


Kalau ikut hati, aku sangat kecewa (tapi tak cukup duit nak fly ke London walaupun kecewa). Tapi kita kini berhadapan dengan situasi yang lebih besar. Kita perlu selamatkan negara.


Hendak tak hendak , kena terima keputusan Majlis Presiden. Tapi pendirian aku, kalau Muda mewakili parlimen aku, aku takkan keluar mengundi. Biarpun itu bermakna BN akan menang.


Rasanya itu saja pilihan yang ada. Perlu beri isyarat yang jelas bahawa akar umbi tolak Muda. Kalau kerusi yang Muda bertanding kalah dengan jumlah keluar mengundi rendah, aku yakin Majlis Presiden akan faham isyarat ahli.


Muda belum rasmi sertai PH. Hanya kerjasama pilihanraya. Masih belum terlambat untuk sedarkan Majlis Presiden yang kita tak alukan langsung untuk Muda bersama PH. Dan tak keluar mengundi di parlimen yang Muda tandingi adalah cara yang ada.


Aku lebih rela UMNO menang daripada serahkan kerusi kepada Muda. Setidaknya aku tahu UMNO tu musuh. Kita boleh lawan secara terang.


Tapi Muda penuh hipokrasi. Duri dalam daging. Gunting dalam lipatan. Talam berbelas muka. Muda adalah Trojan Horse yang dihantar Mahathir untuk musnahkan PH dari dalam serta halang DS Anwar untuk jadi PM.


Sekali lagi aku ulang pendirian aku. Kalau parlimen aku diwakili oleh Muda, aku tak keluar mengundi. Ini bukan kempen. Terpulang pada pandangan sendiri. Guane boh?


 

Raja Gelap 


Nota tambahan: untuk berikan isyarat kepada Majlis Presiden, tak keluar mengundi hanya di kawasan yang ditandingi oleh Muda. Kawasan lain, pastikan PH menang.



No comments: