ASRAF JEFFRY
Ini satu realiti yang ramai tidak tahu.
.
Saya ada seorang pekerja yang sentiasa berhutang
dengan kawan-kawan yang lain. Gaji bulanannya sekitar RM1.6k. Kawan-kawanya
yang lain sudah beli Motosikal dari duit gaji yang diterima tapi dia masih
meminjam duit.
.
Sedangkan dia tiada komitmen. Duduk di rumah Ibu,
datang kerja tumpang kereta kawan. Tapi duit sentiasa tidak cukup. Bila tengok
kepada cara hidup,tidak nampak mewah,awek pun tiada tapi ke mana duitnya
hilang?
.
Dipendekkan cerita, along mula kacau saya. Bagitahu
ada pekerja yang tidak bayar hutang. Saya memang cuak habis. Panggil dia kenapa
masalah ini berlaku,kenapa kawan-kawannya yang lain sudah boleh beli Motosikal
dan kenapa dia masih pinjam duit orang?
.
Mula-mula dia diam tapi akhirnya dia bagitahu;
.
"Maaf Cik,saya main judi Online."
.
Saya ingatkan ini adalah mitos tetapi rupanya ramai
orang kita, Melayu Islam yang terjebak dengan hal sebegini. Siap pinjam duit
along lagi kerana ketagihan.
.
Ada Influencer pernah stream main game
slot,kononnya sekadar suka-suka tetapi dalam tidak sedar,dia sedang promosikan
game ini secara percuma. Videonya ditonton sampai 20k con-current views. Namun
begitu,masih ramai yang pertahankannya.
.
Dalam Islam,tiada istilah suka-suka. Yang Halal itu
jelas,yang Haram itu jelas. Kalau satu-satu perkara itu perlukan justifikasi
akal kita sendiri,secara automatik, senang kata,perkara itu adalah Haram. Kalau
ianya Halal,jelas ianya Halal.
.
Dulu,masa saya join skim Emas Tok Berlagak,saya
tahu yang jual beli Emas mesti berlaku on-the-spot. Tetapi disebabkan tamak,
saya cari hujah Ustaz yang membenarkannya supaya saya dapat join skim ini.
Ternyata hal ini adalah Haram. Semoga Allah memaafkan kekhilafan yang saya buat
ketika muda. (Sekarang muda lagi,kuat lagi).
.
Balik pada isu kita, judi Online adalah bukan satu
perkara dongengan,ianya betul-betul berlaku. Orang tidak Solat?
Itu pun sama,ramai. Semoga Allah melindungi kita
dari perkara-perkara sebegini. Amin.
.
Kemaskini : Ada yang tanya apa yang jadi kepada
pekerja yang didapati pinjam duit along tersebut? Saya terus buang,tiada
kompromi walaupun dia bagitahu sudah bayar semua duit along.