PENYATUAN UMMAH APA KEBENDANYA ...HARAPKAN PAS....PAS PUN MELEPAS

 


PAS tolak ‘khemah besar’, utama penyatuan ummah, kata naib presiden.



facebook sharing button 
twitter sharing button 
whatsapp sharing button 
email sharing button 

Naib Presiden PAS Mohd Amar Nik Abdullah berkata selain prinsip
 kerjasama menguatkan umat Islam, PAS berdiri dalam satu perikatan
 dengan parti bukan Islam yang tidak ekstrem dan menjulang
 Perlembagaan. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: PAS mengutamakan agenda penyatuan ummah, sekali gus menolak idea “khemah besar” pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), kata naib presidennya Mohd Amar Nik Abdullah.

Katanya, prinsip parti itu dalam seruan penyatuan ummah adalah jelas kerana mahu menguatkan dulu umat Islam.

“PAS berdiri teguh dengan prinsip kerjasama politik yang menguatkan dulu umat Islam, pada masa sama berdiri di satu perikatan dengan parti bukan Islam yang tidak ekstrim dan menjulang prinsip Perlembagaan Persekutuan.

“Kita tidak akan berhenti menyeru seluruh parti Melayu Islam baik Umno dan Bersatu untuk bersama dalam membina semula negara dan memperkukuhkan umat Islam,” katanya menurut laporan Berita Harian.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Amar berkata, prinsip PAS sebagaimana termaktub dalam perlembagaannya juga jelas bahawa Islam yang paling utama.

Justeru, beliau berkata bagi menghadapi Pakatan Harapan (PH) ketika 2018 hingga 2019 lalu, PAS menggerakkan usaha muafakat ummah.

“Usaha itu dilaksanakan dengan parti Melayu seperti Umno dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sebagai ikhtiar menguatkan akar politik Melayu Islam yang semakin goyah.

“Namun, pada masa sama PAS menggerakkan usaha undi percaya kepada perdana menteri ketujuh di saat kedudukan beliau diganggu gugat. Semua ini tidak lain dan tidak bukan demi Islam dan prinsip kestabilan kerajaan yang dipegang PAS,” katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, PAS menyedari situasi semasa umat Islam yang semakin dihimpit dengan pelbagai cabaran dari segenap aspek sejak kebelakangan ini.

Katanya, parti itu dengan segenap kemampuan yang ada menggerakkan usaha memperkenalkan budaya politik matang dan sejahtera.

“Terkini, PAS akan meneruskan agenda ini menerusi seruan penyatuan ummah rentas ideologi dan parti politik. Rakyat negara ini pasti tidak lupa dengan sejarah hitam 22 bulan negara di bawah pentadbiran PH yang menzahirkan realiti golongan yang cuba menggugat status quo negara serta prinsip asas tunjang negara,” katanya.


No comments: