MERUNGUT NEGERI ORANG TENTANG AIR. TETAPI DI NEGERI SENDIRI TERUK KEMAIN..


Pagi ni aku memang tak boleh nak tahan marah dah!
Kami di Kota Bharu (lebih spesifik lokaliti Desa Rahmat) dah 4 minggu mengalami gangguan air. Dah 4 hari air tak masuk langsung ke rumah walaupun setitik
Jiran-jiran dah buat aduan berminggu-minggu lepas, tapi saya baru buat minggu lepas melalui sistem PINTAS
Tapi aduan saya TAK DIBALAS langsung
Akhirnya saya ambil ikhtiar untuk berkongsi di media sosial sambil 'tag' mereka yang berkenaan dalam isu ni seperti Menteri Kasa Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara, Air Kelantan Official dan Pusat Khidmat DUN Tanjong Mas - Prihatin Berkebajikan YB Kak Ani
Dalam aduan tu, saya tak masuk langsung sentimen politik walaupun hati ni geram masalah air ni tak selesai-selesai bawah kerajaan sedia ada. Saya fokus menyampaikan keluhan dan rungutan penderitaan kami yang tak dapat langsung bekalan air.
Tapi yang sambut balas keluhan saya hanya SPAN. Mereka minta maklumat lanjut dan akan bawa isu ini ke SPAN Negeri Kelantan supaya isu ni ditangani segera. Tiada maklum balas langsung dari admin FB Menteri Kasa mahu pun dari Pusat Komuniti DUN Tanjong Mas
Beberapa jam lepas tu, baru AKSB call. Beritahu yang saya adakan buat aduan sebelum ni. Dalam hati terkejut baru hubungi follow up case. Mungkin ni atas bantuan SPAN
AKSB minta maaf atas masalah air berlaku dan berjanji akan hantar bekalan air ke rumah.
Tapi sampai sekarang TIADA lori air hantar air dan masih tiada bekalan air
Tiba-tiba pagi ni dalam group whats app, ada yang berkongsi berita Harakahdaily main isu gangguan bekalan air di Lembah Klang sudah terlalu kerap terjadi bagaikan tiada kesudahan
Geram sangat bila baca!
Isu negeri lain pantas dijadikan berita untuk diulas. Isu kritikal yang berlaku di Kelantan sekarang ni dan sudah sekian lama langsung tak nak ulas
Sekurang-kurangnya gangguan air di Selangor diberi notis awal dan masalah dijangka hanya berlarutan 4 hari.
Nak berpolitik dulu pun, tengok dulu masalah sendiri dulu. Kami ni dah 4 minggu air takde air. Janji nak hantar air pun tak sampai-sampai
Tak tahu nak sampaikan keluhan ni kat mana dah.

 May be an image of 1 person, headscarf and text that says "Harakahdaily 2h "Isu ketiadaan bekalan air di Selangor ini sudah banyak kali berlaku dan saya ingin bertanya, bilakah masalah ini akan selesai?" https://rfr.bz/f3ci717 HARAKAHDAILY.NET Orang ramai mengeluh gangguan bekalan air kembali lagi su gangguan bekalan air di Lembah Klang sudah terlalu kerap terjadi bagaikan tiada kesudaha... 281 232 Comments 20 Shares"

Begitulah pentadbiran di negeri lebai, sibuk memfitnah negeri orang lain, yang negeri dia sampai lupa krisis air macam makanan ruji.

Bagi saya penyelenggaraan air di Selangor ini perlu sebab sudah dua kali tertangguh. Memang kita tak suka tapi untuk mengelakkan mudarat yang lebih besar di masa hadapan.
Lagipun bila beri notis awal, rakyat Selangor boleh bersiap sedia tadah air dari awal.
Di negeri ularmerc pula, air kerap tak ada, jadual penyelenggaraan jangan di tanya. Kalau ada pun air silap-silap saling tak tumpah dengan teh tarik.
Kalau tanya lebai, mereka tengah sibuk jadi polis moral, tolong check pakaian kakitangan wanita. Bab air itu bukan masalah mereka, itu semua salah DAP..

No comments: