KAH..KAH..MACAI KALAU TAK BOLEH BAWA ANAK SALIN KAT HOSPITAL SWASTA MEMANG KOMAN SPANA- TENGOK ROSMAH, DIA NAK PEE SINGAPORE TEMAN ANAK DIA BERSALIN- HANGPA ADA ?

 


Rosmah minta passport dikembalikan, nak ke Singapura teman anak bersalin


Rosmah

Rosmah minta passport dikembalikan, nak ke Singapura teman anak bersalin.Isteri mantan Perdana Menteri keenam Rosmah Mansur, memohon untuk pasportnya dikembalikan sementara bagi membolehkannya ke Singapura.

Dalam permohonan difailkan semalam, isteri bekas Perdana Menteri Najib Razak berkata beliau mahu menemani anaknya Nooryana Najwa yang bakal melahirkan anak kedua tidak lama lagi.

Dalam permohonan dilihat FMT itu, Rosmah berkata beliau mahu menemani anaknya untuk memberikan sokongan mental dan emosi.

“Nooryana mempunyai sejarah mengalami komplikasi ketika bersalin,” katanya

Rosmah berkata, beliau merancang perjalanan dari hujung Oktober hingga awal Disember, dan mengharapkan kerjasama polis serta Jabatan Imigresen.

Nooryana dan suaminya, rakyat Kazakhstan Daniyar Kessikbayev, kini menetap di Singapura.

Rosmah yang menghadapi tuduhan rasuah berkait projek panel solar sekolah di Sarawak, diminta menyerahkan pasport sebagai syarat jaminan selepas beliau didakwa di mahkamah pada 2019.

Rosmah yang diarahkan membela diri akan menyambung keterangannya di mahkamah pada 21 Okt.

Beliau dituduh meminta RM187.5 juta daripada kontraktor Saidi Abang Samsudin serta menerima RM6.5 juta daripadanya.

Wang itu didakwa untuk membantu memastikan syarikat Saidi, Jepak Holdings Sdn Bhd, mendapat projek bernilai RM1.25 bilion itu.

No comments: