CEO LHDN letak jawatan, kata sumber dalaman

 


Panas! CEO LHDN letak jawatan, kata sumber dalaman


CEO Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Sabin Samitah, dikatakan sudah meletak jawatan, menurut sumber.

Sumber mendakwa hari terakhir Sabin pada Jumaat ini. FMT sedang mendapatkan komen beliau.

“Beliau sudah maklumkan peletakan jawatannya kepada pengurusan kanan LHDN.”

Alasan di sebalik peletakan jawatan yang didakwa itu belum jelas, namun ia berlatarkan dakwaan salah guna kuasa terhadap LHDN mutakhir ini.

Bekas perdana menteri Najib Razak membuat laporan polis terhadap beberapa pegawai LHDN, dengan mengemukakan keterangan mengenai beberapa individu yang didakwa menyalahgunakan kuasa dan memalsukan dokumen dalam kes cukai.




No comments: