Tunku Abdul Rahman 1988 - "UMNO akan Pecah Belah, Hancur Lebur"



Kita sedang perhatikan, berapa nilai dan harga maruah pemimpin Umno. Apakah nilai mereka setaraf Jemin semburit? Atau setaraf pemimpin lebai? Sekarang ini telah ada beberapa MP Umno yang seperti durian longgok, harga murah kerana tiada kualiti dan akan dibuat tempoyak oleh kerajaan PN.

 

W.FAUDZIN

 

Jika sesiapa masih ingat ketika berceramah.Masa itu semua pimpinan PKR DAN SEANGKATAN melaungkan HANCUR HANCUR HANCUR UMNO. Ianya akan dilaungkan diakhir ceramah. Sudah menjadi trend pada masa itu, zaman Mahathir  memenjarakan Anwar. Zaman itu laungan seumpama itu tidak lagi menjadi satu kesalahan. Malahan ianya adalah sesuatu yang wajib. 22 tahun dan hari ini , kita lihat betapa Umno memang hancur. Bukan ditangan PH, tetapi disebabkan Mahathir dan pimpinan Umno sendiri yang rasuah, politik wang dan akhirnya melemahkan Umno sendiri. Pimpinan yang cerdik dan bijak disingkir. Ini zaman Mahathir dan disambung oleh generasi pimpinan selepas Mahathir.Kini Umno benar benar berpecah dan tidak lagi dapat dibaiki.pilihanraya nanti akan menyaksikan pertandingan antara Umno , PH dan juga PN. Maka kehancuran itu akan menjadikan Umno akan melukut ditepi gantang. Bagimana pula dengan penyokong. Penyokong Umno macam juga penyokong Pas, selain tidak cerdik, politik wang dan sokong buta tuli akan melahirkan penyokong yang dungu. Mereka akan memilih pemimpin walau pun tahu pemimpin mereka tidak cerdik dan mengarut. Itulah spesisi yang ada dikalangan penyokong dua parti Melayu isle yang sedang menghancurkan ekonomi,social dan Negara .