ISUNYA IALAH KEABSAHAN ATAU "LEGITIMACY"

 


Apabila AG mengeluarkan kenyataan membela PM Abah Kau KUNUNnya masih berkuasa kerana pengumuman menarik balik sokongan oleh Presiden UMNO dianggap hanya "Kenyataan Parti Politik", saya tertanya-tanya kenapa ini perlu?

Tapi saya sedar, ia perlu dibuat sebagai hujah balas bahawa penarikan sokongan diumumkan oleh Presiden UMNO tidak memberi kesan kerna keabsahan hilang sokongan mestilah dizahir dan ditentukan di Dewan Rakyat.

BIJAK pula AG ni cakap pasal KEABSAHAN pengumuman Zahid itu yg beliau anggap adalah hanya Kenyataan Parti Politik" bukanlah ditentukaan oleh Parlimen. Yg agak melucukan ialah Warkah Sokongan UMNO utk Abah Kau jadi PM dulu, tidak perlu pula diabsahkan di Parlimen terlebih dahulu?

TERLANJUR bercakap pasal "KEABSAHAN" ini, tidak boleh tidak, saya TERTANYA-TANYA kenapa AG ni tidak pernah bersuara tentang KEABSAHAN jawatan Perdana Menteri Abah Kau??

Bukankah PM-PM yg dilantik di pertengahan penggal (bukan selepas PRU) PERNAH mendapatkan KEABSAHAN jawatan dan sokongan Ahli-ahli Dewan Rakyat melalui VoC (Vote of Confident)?

Lihat dokumen Hansard Parlimen yg disertakan, ia adalah BUKTI yg nyata bahawa 2 PM sebelum ini yg diangkat di pertengahan penggal telah mendapatkan KEABSAHAN melalui Parlimen atau VoC. Mereka ialah Tun Hussein Onn (1976) dan Pak Lah (thn 2003).

Oleh itu AG taknak jelaskan pada kami Rakyat Marhaen kenapa PM Abah Kau tidak peranah mendapat KEABSAHAN melalui VoC di Dewan Rakyat? Skrg bila UMNO dah tarikh sokongan kpd #KERAjaanPNGagal tetiba muncul pula "IDEA" yg kehilangan sokongan itu mesti ditentukan (diabsahkan) di dewan Rakyat atau Parlimen?

JAHANAM negara ni kalau tindakan adalah terpilih2 mengikut sentimen, selera "Political Master" masing-masing bukan Rule of Law.

Wallahualam

- Zus Din

08 Julai 2021


No comments: