NAJIB GAGAL MENYEKAT MP UMNO SOKONG MUHYIDDIN DAN MINTA SENARAI NAMA


Panas !!! Najib tanya ahli parlimen BN mana sokong Muhyiddin?


Najib tanya ahli parlimen BN mana sokong Muhyiddin?. Satu kenyataan tanpa nama mendakwa Ahli Parlimen Barisan Nasional menyokong Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri mengundang respons Najib Razak.

Bekas presiden Umno itu tertanya sejak bila beliau, yang juga seorang wakil rakyat BN, berpaling daripada keputusan partinya.

“Eh…saya pun Ahli Parlimen BN. Sejak bila saya setuju langgar arahan Majlis Kerja Tertinggi Umno semalam?” katanya di Facebook. 

Kenyataan tanpa nama itu menyatakan Ahli
Kenyataan tanpa nama itu menyatakan Ahli Parlimen BN membuat pendirian itu, kerana “kelangsungan hidup rakyat jauh lebih penting daripada percaturan parti-parti politik”.

Semalam, Umno menyenaraikan tujuh sebab ia menarik balik sokongan terhadap Muhyiddin, semua berkaitan “kegagalan” kerajaan.

Antara tujuh sebab itu adalah gagal menangani Covid-19 secara berkesan, tidak dapat mengurus bantuan kepada rakyat dengan baik, dan memperkotak-katikkan titah Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu yang terpaksa berulang kali mengeluarkan kenyataan media supaya Parlimen dibenarkan bersidang.

“Siapa ada senarai penuh nama-nama yang dimaksudkan dalam kenyataan yang dikeluarkan entah pihak mana ini?” soal Najib.

Seorang pembantu kepada Ismail Sabri Yaakob, timbalan perdana menteri yang baharu dilantik, mengesahkan kenyataan berkenaan “sahih”.

“Sila beri senarai nama,” kata Najib.

 

 

No comments: