Media Antarabangsa menganggap pada mulanya "Bendera
Putih" adalah "teriakan" memohon bantuan di kala kesusahan tapi
kini Malaysia sudah hampir menjadi "A FAILED STATE". Namun #KERAjaanPNBongok
ini masih dalam "DENIAL SYNDROME" hanya berminat utk terus
mempertahankan kuasa. Enggan serahkan kpd YDPA bg menentukan Malaysia dipimpin
oleh sekumpulan baharu pemimpin politik yg lebih cerdik dan punya
"POLITICAL WILL" utk selesaikan masalah Rakyat dan Negara ini.
Tanpa "Political Will" utk membuat yg terbaik demi
Rakyat, sebaliknya demi kepentingan semdiri utk terus berkuasa, mereka
menggantung Parlimen, hilang sokongan Majoriti tapi enggan meletak jawatan,
berpesta dengan jawatan dan ghanimah di kala Rakyat terbeban serta susah,
langsung TIDAK MEMBANTU imej negara, ia hanya melebarkan "Trust
Deficit", membuatkan Pelabur Asing takut utk melabur di negara ini melihat
Malaysia diperintah oleh KERAjaan Minoriti yg #GAGAL.
Yg paling teruk, Rakyat sudah hilang keyakinan kepada
#KERAjaanPNGagal ini. Ramai putus harapan dan bertindak bunuh diri. Sehinggakan
Rakyat terpaksa mengambil inisiatif sendiri dgn kempen Bendera Putih dan Hitam
- #RakyatBantuRakyat.
#KERAjaanPNGagal
ini lsg tidak boleh diharapkan dan sangat mengecewakan Rakyat.
Natijah dari #KEGAGALAN
PNkhianat itu ialah Ekonomi yg tidak berkembang, ramai hilang pekerjaan, hilang
pendapatan, hilang punca, terpaksa hadap tekanan perasaan dan kos sara hidup yg
meruncing. Rakyat hidup melarat dan menderita.
Apa #PNCirit buat?
Pertahankan kuasa yg sejak awal bukan milik mereka sbb mandat Rakyat di PRU14
adalah utk Pakatan Harapan. Begitu banyak kerosakan, begitu banyak ujian yg
Allah tunjukkan tapi mereka tidak mahu menginsafinya. Awas..Malaysia akan jadi
"A FAILED STATE" angkara tangan-tangan manusia durjana.
للَهَ لا يَهدي كَيدَ الخائِنينَ...
“dan bahawasanya Allah tidak
meredhai tipu daya orang-orang y ang berkhianat..”
Surah Yusuf : Ayat 52
Hadis riwayat Abu Sa’id al-Khudri r.a. beliau berkata Rasulullah
s.a.w. bersabda :
لكل غادر لواء عند إسته يوم القيامة يرفع له بقدر غدره، ألا ولا
غادر أعظم غدرا من أمير عامة (رواه مسلم)
“Bagi setiap pengkhianat perjanjian itu dipasang bendera di
punggungnya pada hari kiamat, (bendera itu) diangkat mengikut tahap kedahsyatan
khianatnya. Ketahuilah bahawa tiadalah pengkhianat yang lebih besar
pengkhianatannya selain daripada (pengkhianatan) pemimpin rakyat” (Riwayat
Muslim)
Apakah lagi nikmat Allah yg engkau dustakan?
Wallahualam.
- Zus Din
09 Julai 2021