RAZMAN NAK KUTUK KUTUK ZAHID ??? POOOODAH..DIA INGAT DIA CERDIK..PARTI DIA PUN SAMA GAGALIS- MANA TIDAKNYA, SATU HAPA PUN TAK JALAN.PEMBOHONG

 


Panas! Razman tempelak Zahid, kerajaan PN atau menteri Umno yang gagal handle Covid-19?


Razman tempelak Zahid, kerajaan PN atau menteri Umno yang gagal handle Covid-19?


Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria menempelak kenyataan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkenaan dakwaan kegagalan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Dia nak cakap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin/kerajaan PN gagal handle (tangani) Covid-19 atau nak cakap parti  sendiri gagal handle Covid-19?” soalnya di Facebook semalam.

Menyifatkan Zahid “terdesak”, Razman menyenaraikan tiga nama menteri Umno dalam kabinet PN: iaitu Menteri Pertahanan merangkap Menteri Kanan Kluster Keselamatan, sebelum terbaru dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob; Menteri Kesihatan Dr Adham Baba; dan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin yang juga menteri penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (Pick).

Untuk rekod, tiga kementerian berkenaan dilihat merupakan antara kementerian yang terlibat dalam pengurusan Covid-19, dan sering juga mengadakan sidang media berkenaan wabak berkenaan.

“Ketiga-tiganya daripada Umno yang mana dia sendiri merupakan presiden. Sebab tu Pak Teh pernah kata, ini bukan masa nak tunjuk siapa gagal siapa berjaya. Ini krisis! Sama-sama kita fokus kepada Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Sebelum hujung tahun ini dengan izin Allah rakyat Malaysia akan capai imuniti kelompok. Tak lama dah. Tahun depan insya-Allah boleh balik raya. Sabar dulu, jangan tunjuk sangat ‘desperate’ tu,” katanya di Facebook hari ini.

Ahmad Zahid awal pagi semalam mengumumkan yang Umno menarik balik sokongan kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin kerana tujuh kegagalan PN.

Antaranya, kegagalan menangani wabak Covid-19, menyalahgunakan darurat, gagal mempertahankan sistem demokrasi berparlimen, gagal mengurus kestabilan politik dan ekonomi, gagal menguruskan bantuan kepada rakyat, serta memperkotak-katikkan titah Agong.

Pun begitu, Umno memberikan kebebasaan buat ahli parlimennya mengundi mengikut budi bicara di Dewan Rakyat – sebagaimana yang “dihasratkan” ketika Zahid menghadap Yang di-Pertuan Agong – tetapi mereka masih perlu berpandukan keputusan parti.

Sementara itu, bekas presiden Umno Najib Razak membidas pihak yang menyalahkan menteri-menteri Umno yang menjaga prosedur operasi standard (SOP), hal kesihatan dan urusan vaksin di dalam Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Meskipun tidak merujuk nama, dia dipercayai, antara lain, merujuk kenyataan dibuat Razman.

“Adakah kamu tengok nama-nama mereka dalam keputusan untuk membenarkan kilang bukan essential (penting) dibuka semula pada hari PKPD (perintah kawalan pergerakan diperketatkan) keempat?

“Mengikut portfolio dan tanggungjawab mereka masing-masing, yang jaga SOP, kesihatan dan vaksin tiada kepentingan untuk cadang pembukaan semula kilang dalam PKPD atau dasar-dasar lain seperti kurangkan tempoh kuarantin bagi pelawat asing yang banyak jahanamkan negara serta usaha melawan Covid-19.

“Buat apa mereka mahu menyusahkan tugas-tugas sendiri?”soal Najib.

Dia turut mengepilkan laporan berita dua hari lepas mengenai keputusan membenarkan lebih banyak sektor dibuka di kawasan PKPD, dan turut menggariskan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti), menteri kewangan dan menteri di jabatan perdana menteri (ekonomi).

Miti dilaporkan berkata, keputusan itu dipersetujui dalam mesyuarat kabinet dipengerusikan perdana menteri dan dibincangkan bersama dengan dua lagi pihak di atas.


No comments: