1. Ada orang yang persoalkan pertemuan Anwar dan Hamzah.
2. Maria Chin yang hadir ke Langkah Sheraton dan Sivarasa turut mempersoalkan tindakan itu.
3. Maria dan Sivarasa adalah kartel semburit yang uturn setelah menyedari penubuhan kerajaan baru akan membuatkan mereka terpaksa menjilat UMNO dan Najib kembali.
4. Bagaimanapun itu tidak membuatkan Maria dan Sivarasa berhenti menjadi orang kartel semburit.
5. Peranan Maria dan Sivarasa ini selaras dengan kehendak Tun yang sedang mewujudkan perasaan was-was terhadap kesetiaan Anwar & PKR terhadap mandat rakyat GE14 yang lalu.
6. Seperti yang diketahui, Tun tak pernah kritik Azmin, dalang utama Langkah Sheraton.
7. Apa yang berlaku ialah, Azmin menggunakan pengaruhnya melalui orang-orangnya di PKR dan Tun mengasak dari luar, supaya Tun boleh mengawal PKR dan sekaligus membuatkan PKR tunduk dan patuh pada semua arahan dan rancangan Tun. Meskipun arahan itu akan menghancurkan dan merosakkan perjuangan PH itu sendiri, Tun tak peduli sehingga dia mencapai apa yang dia hajati iaitu, Malaysia ini perlu berada di bawah tapak kaki Tun sepenuhnya, tanpa ada sesiapa boleh melawan pemikiran Tun.
8. Pertemuan dengan Hamzah dilakukan kerana;
- Anwar & PKR berpendapat adalah menjadi tanggungjawab untuk mendengar side of story dari pihak Hamzah dan TSMY.
- Anwar adalah ketua PH dan Ketua Pembangkang. Dia perlu mengambil maklum semua yang berlaku sebelum terjadinya kejatuhan PH pada Februari lepas. Dia juga perlu mengambil maklum niat dan keupayaan TSMY.
- Kejatuhan PH tidak akan terjadi dengan satu pertemuan di rumah Tun bersama semua wakil parti pembangkang termasuklah Warisan sekali (🤭).
- Ia telah direncana terlebih awal sehinggalah tumbangnya kerajaan PH.
- Apa salahnya mendengar cerita dari dalang yang terlibat kerana ini boleh membuktikan samada Tun menipu atau tidak.
- PKR tak berdiri dengan prejudis dan syak wasangka. PKR juga tak pandai wala terhadap Tun yang mencemarkan imej PH.
- PKR juga tak suka bermain politik tanpa ada hala tuju. Pertemuan dengan Hamzah bagaikan membuka jendela yang tertutup rapat, semua maklum Hamzah bergerak dalam senyap bagi menjayakan Langkah Sheraton. Pertemuan itu membolehkan Anwar menilai perwatakan Hamzah.
- PKR tidak bersetuju dengan Langkah Sheraton, Hamzah dan TSMY tetapi pandangan peribadi tidak boleh melangkaui tanggungjawab PKR terhadap pengundi mereka. PKR perlu memantau urusan negara dan pertemuan dengan Hamzah antara lain untuk menilai kekuatan PN dan movement mereka seterusnya dalam politik.
9. Anwar tiada rekod melakukan pengkhianatan. Tak sepatutnya dibimbangi.
10. Yang patut dipersoalkan ialah, Tun dan Azmin yang berkali-kali melakukan pengkhianatan.
11. Tun yang melantik Azmin, Zuraidah dan Saifuddin ke dalam kabinet. Nama mereka tiada dalam list PKR.
12. Rafizi mempersoalkan secara halus dalam satu kenyataan terbuka yang kemudiannya diserang oleh penyokong PH pada ketika itu sebagai gilakan jawatan Menteri Kewangan, masih ingat?
13. Kalau nak tahu, itulah permulaan diktatorship Tun Mahathir. Tun menggunakan Azmin dan segala jenteranya untuk menyerang Anwar dan menuduh Anwar tunggang kemenangan PH.
14. Kemudiannya disebarkan lagi PH menang kerana Tun. Ini adalah auta. PPBM kalah di banyak tempat. PR/PH bermula dari kemenangan kecil dan membina pengaruh sedikit demi sedikit tetapi malangnya penyokong PH tak faham yang itu. Sekali lagi mereka menyerang Rafizi apabila Rafizi kata PH tak menang kerana Tun, masih ingat?
15. Hakikatnya, sejak awal lagi Wan Azizah, Anwar dan PKR sendiri telah memberikan pandangan kepada Tun. Bermula dari perlantikan Azmin dan geng kartel sebagai Menteri hinggalah kepada tindakan-tindakan lain yang dilihat menghilangkan sokongan rakyat. Semuanya tak dipedulikan Tun.
16. PH jatuh kerana perasaan syak wasangka dan busuk hati Tun terhadap Anwar. Tun melihat Anwar sebagai ancaman. Pegawai Tun sendiri sahkan (Adam Mukhriz) yang Tun percaya cerita fitnah Azmin terhadap Anwar yang membuatkan Tun bersetuju bertemu dengan pimpinan PAS dan UMNO, masih ingat?
17. Beberapa page dibuat dan sponsored post atas nama Anwar bagi memburukkan dan melemahkan imej Anwar. Lepas itu ditunjukkan pada Tun. Tengoklah ni. Anwar gila nak jadi PM. Tun pun telan bulat-bulat tanpa siasatan kerana perasaan benci, prejudis dan antinya pada Anwar.
18. Tapi semua tu terbukti fitnah, apabila dalam mesyuarat akhir Majlis Presiden PH sebelum PPBM umum keluar parti, rupa-rupanya Anwar tak hairan pun dengan kedudukan PM. Yang tergila-gila nak jadi PM tu ialah Tun Mahathir. Dengan nada berlagak cakap depan press there is no date, terpulang pada saya, tak ingat ke? Tak cukup 22 tahun, nak jadi PM7, dah resign PM7 tergila nak jadi PM9 pula.
19. Letaknya Anwar sebagai calon PM9 bukan kerana Anwar tergila nak jadi PM. Bukan kerana agenda reformasi tiada pewaris. Tetapi kerana Anwar ini yang Tun Mahathir takut. Kerana itu selagi mana ada Tun yang merosakkan PH, selagi itu Anwar perlu menjadi calon PM9. Menghalang Tun dari memberikan kerosakkan yang lebih teruk ke atas PH adalah wajib dilakukan bagi menyelamatkan gabungan ini.
#AnwarNext