DIPECAT DARI PARTI, TETAPI MASIH KEKAL EXCO ?


Imej mungkin mengandungi: 1 orang, berdiri dan teks

Parti telah mengambil keputusan memecat YB Haniza Talha. Ini bermakna Exco Perumahan kerajaan Negeri Selangor ini bukan lagi ahli parti.
Pada prinsipnya, apabila seseorang itu dipecat atau keluar parti, maka sewajarnya anggota itu meletakkan jawatan secara terhormat atau pihak yang melantiknya atas nama parti politik yang diwakilinya ketika itu wajar memecatnya.
Sekiranya MB Selangor tidak lagi menyokong atau tidak lagi terpengaruh dengan bekas bosnya dahulu iaitu Azmin yang telah menjadi pengkhianat parti, beliau harus membuktikan komitmen beliau kepada partinya sekarang. Sekiranya beliau masih berdiam diri dan sekadar menyatakan kesetiaan kepada parti dan Presiden dimulut semata-mata tetapi tidak mempamerkan kesungguhannya, maka tidak pelik kalau masih ramai lagi meragui kesetiannya terhadap parti.
Kita masih ingat, di era Azmin menjadi MB Selangor, beliau masih mengekalkan Exco-Exco dari Pas walaupun Pas telah mengistiharkan partinya tidak lagi bersama Keadilan dan Pakatan Rakyat ketika itu. Tindak tanduk Azmin ini menyebabkan kecelaruan di kalangan para penyokong Pakatan Rakyat ketika itu dan Azmin dicurigai kesetiannya kepada parti. Nah, terbukti sudah sememangnya Azmin telah mengkhianati parti.
Apakah parti tidak belajar dari peristiwa tersebut? Bagaimana pentadbiran Selangor boleh diurus dengan baik sekiranya di kalangan Exco masih terdapat yang menyokong pengkhianat? Bayangkan di dalam mesyuarat Exco, pengkhianat ini turut bersama dan bagaimana kerahsiaan mesyuarat dapat dijamin?
Semoga MB Selangor pantas bertindak bagi membuktikan kejujurannya. Parti juga harus memandang serius perkara ini agar Selangor tidak diganggu gugat oleh anasir-anasir yang cenderung kepada pengkhianat. Jangan ada api di dalam sekam di Selangor.
WFAUZDIN NS