APA DISEBALIK PERTEMUAN MAT SABU DAN DSAI ?

Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang berdiri dan kasut, teks yang berkata 'Anwar Ibrahim 45 mins Setiakawan tidak boleh dijual beli.'


Perjumpaan semalam memang dinantikan oleh semua peyokong PH terutamanya bagi menyelesaikan kemelut politik untuk kembali berkuasa. Paling nampak kemaruk sangat nak berkuasa dan keterlaluan mendesak ialah Khalid Samad.Nampaknya seperti itulah. Manakala bagi DAP pula mereka nampaknya semakin cool dan sudah tentulah kerana kekuatan mereka di kawasan yang mereka kuasai tidak akan terlawan oleh MCA atau kerana MCA sudah memperolehi apa yang diberikan Umno melalui kebenaran UEC, memperolehi berbagai jawatan dan menguasai GLC dalam kerajaan supaya dilihat memperjuangkan kaum cina lebih dari apa yang DAP perjuangkan terutamanya peruntukan kewangan kepada sekolah dan universiti kaum cina dari 2 juta kepada 25 juta ?

Apa sebenarnya isu ?

Mat sabu berjumpa secara indivitu meminta agar DSAI bertemu  4 mata bersama Mahathir kerana untuk menyelesaikan isu untuk menggambil kembali pemerintahan dengan jaminan tertentu.

Ianya agar DSAI akan mengepalai jentera piihanraya ke 15 nanti apabila segala bentuk perjanjian dan apa cara sekali pun untuk diserahkan kuasa kepada DSAI. 

Adakah jika tanpa kekuasaan dan kesediaan PH dalam menghadapi pilihanraya akan datang akan berjaya tanpa kuasa sementara, kerana walau pun dilihat PN, MN masih juga lagi dalam keadaan kelam kabut, namun mereka meguasai segala bentuk jentera buat masa ini.

Lain -lain isu ialah agar di jelaskan kemudian apabila mesyuarat Majlis Presiden PH yang akan di adakan esok.











No comments: