MALAYSIAN MALAYSIA DAN DASAR AFIRMATIF BUMIPUTERA SIRI 2


LIYANA MARZUKI


6. Maka dengan itulah, banyak dasar afirmatif atau dengan kata lain layanan istimewa dibuat bagi memberi ruang kepada orang Melayu dan Bumiputera bersaing dalam bidang ekonomi dan pendidikan. Itulah yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Konsepnya sama kalau masuk pertandingan. Kurang sesuai orang yang ada “black belt” untuk lawan yang pemain “white belt”. Kalau perlu berlawan kenalah bagi ruang/ advantage kepada mereka yang berkeupayaan rendah i.e white belt. Umpamanya, kelonggaran syarat dan bantuan lain yang boleh membantu menjadikan pertandingan itu supaya tidak jadi berat sebelah.

7. Sama juga dalam sukan lain. Golf misalnya, kotak permulaan untuk pemain wanita berbeza dengan pemain lelaki. Ada juga diberi “handicape” atau markah tambahan kepada pemain yang baru mula bermain. Sama juga dalam konteks keupayaan negara. Di peringkat World Trade Organisation (WTO), negara-negara dikategorikan dalam kumpulan: (1) negara membangun, (2) negara sedang membangun dan (3) negara kurang membangun. Setiap kategori mempunyai layanan berbeza. Negara kita Malaysia dikategorikan dalam negara sedang membangun, dan dalam konteks peraturan WTO, kita diberikan pengecualian dan layanan berbeza daripada negara membangun. Jadi kita lihat, di mana2, konsep kesamarataan (equality) itu susah untuk terpakai. Tambah kalau ada dikalangan peserta2 yang mempunyai keupayaan berbeza.

8. Itu sejak mula saya katakan kesamarataan ini sukar diaplikasi dalam konteks negara berbilang bangsa. Mungkin sesuai konsep sosialis ini terpakai kepada negara satu bangsa seperti China, Rusia atau negara Eropah lain yang mana tiada jurang keupayaan dan ekonomi yang signifikan antara kaum. Saya lebih menyarankan konsep “ekuiti” atau keadilan digunapakai. Dalam Islam kita diajar mengenai konsep adil itu bermaksud “meletakkan sesuatu itu kena pada tempatnya”. Makanya, pada saya itulah konsep yang perlu dipakai. Sangat tidak adil seorang peserta “white belt” disuruh bertanding “on the level playing field” dengan peserta “black belt” bukan?

9. Satu lagi yang perlu dinyatakan. Ini saya dapat daripada seorang pakar ekonomi berkelulusan Cambridge, mendiang Martin Khor. Ramai yang tidak tahu mengenai beliau kerana beliau seorang yang low profile. Walaupun beliau pernah menjadi pakar ekonomi di WTO, Geneva dan pernah jadi penasihat ekonomi kepada banyak negara  Beliau berpendirian, hak2 bumiputera dalam Perlembagaan masih perlu lagi dipelihara. Kenapa? Kerana ia berkait rapat dengan isu keselamatan negara. Kita taknak peristiwa 13 Mei berulang. Bila mana satu kaum tidak berpuas dengan yang lain dan mulakan rusuhan kaum. Kena ingat, Nazi German mulakan geonocide ke atas bangsa Yahudi kerana mereka percaya bangsa Yahudi mengambil hak mereka dari aspek ekonomi. Ini kerana bangsa Yahudi punya keupayaan lebih tinggi daripada bangsa Eropah.

10. Sama juga dalam konteks mana2 negara, kalau jurang pendapatan dan ekonomi antara kaum semakin meningkat, akan timbul tidak puas hati. Akan timbul rasa tidak adil dan sekiranya berterusan dan tidak dikawal mungkin akan menjurus kepada situasi yang tidak diingini. Dalam konteks Malaysia, kalau semua sama rata, tiada bantuan dan layanan istimewa adakah jurang ekonomi antara kaum berkurang? Kena tahu, walaupun sudah 50 tahun dasar ekonomi Bumiputera dibuat namun jurang ekonomi antara kaum masih begitu, malah semakin renggang sejak berapa tahun kebelakangan ini. Saya senaraikan data dibawah yang dibuat oleh EPU dalam Laporan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.

Pemilikan ekuiti

2011
Bumiputera- 23%
Bukan Bumiputera- 35%
Asing- 37%

2015
Bumiputera- 16%
Bukan Bumiputera- 30%
Asing- 45%

No comments: