PENDUDUK INDERA MAHKOTA KUTUK SAIFUDDIN ABDULLAH







Beliau mengimbas kembali kesukarannya mempromosikan Saifuddin di Indera Mahkota. Atas bantuan pimpinan akar umbi KEADILAN, akhirnya, Saifuddin menang dan pengundi-pengundi di Indera Mahkota membuat kenduri kesyukuran meraikan kemenangannya. "Rupanya perangai lama dia tak berubah." Kata Wan Fauzdin, belum sempat rakyat di Indera Mahkota puas menikmati kemanisan kemenangan yang membawa kepada wujudnya kerajaan baharu PAKATAN HARAPAN - hanya 22 bulan sahaja. "Termakan dengan hasutan dan umpanan orang yang rakus dan tamak, Ahli Parlimen Indera Mahkota ini tergamak meninggalkan para pengundinya dan mereka yang tidak tidur siang malam membantunya dulu." "Tanpa malu dan rasa bersalah," kata Wan Fauzdin, Saifuddin "khianat tinggalkan parti menyeberang untuk bersekongkol dengan puak yang dulunya beliau gelar kleptokrasi untuk merampas Kerajaan yang terbina dari mandat rakyat."

No comments: