Saifuddin Nasution, bekas Menteri KPDNHEP melahirkan rasa terkejut dengan keputusan terkini kerajaan menaikkan harga siling topeng muka hingga RM 2.
Berikut kenyataan penuh beliau seperti di petik Facebook milik beliau :
"80 sen naik jadi RM2 terlalu tinggi.
Bekalan masih sukar diperolehi, harga pula semakin mahal. Pada hari terakhir tugas saya di KPDNHEP saya telah berjumpa semua pengeluar topeng muka di Malaysia.
Mereka minta dipermudah urusan dapat pekerja, diizin operasi 3 syif tanpa karenah birokrasi dan diberi pelepasan cukai Kastam.
Kesemua permintaan saya bawa kepada Kabinet dan dipersetujui. Semua pengeluar setuju tambah pengeluaran. Tidak pula mereka minta naik harga sebab mereka faham harga topeng muka KPDNHEP letak di bawah harga kawalan.
Saya mohon Kerajaan melihat semula keputusan naik harga secara mendadak ini."
Sumber :