MEREKAHLAH HERO DAN HEROIN YANG TIDAK DIDENDANGKAN...HARGAILAH MEREKA



Bacalah yang ini agar kita insaf dan lebih menghargai. Mohon war-warkan. Allahuakbar.

*Catatan Seorang Pemerhati*.

Apa yang paling kita takuti ialah team frontliners kita mula burn out. Mula kepenatan, mula hilang semangat dan keletihan melampau.

Ada Staff KKM yang bekerja sehingga 18 jam sehari. Pulang rumah mandi, letak kepala 2 saat terus tertidur. Berapa ramai pula yang tidur di tempat kerja.

Ada suami atau isteri yang menghantar makanan untuk pasangan masing-masing menangis melihat keadaan mereka, sedih melihat pasangan kepenatan yang teramat sangat.

Anak-anak dalam kereta sekadar mampu memandang dari jauh si ibu yang melambai tangan sambil menangis keesakan, hati mana yang tak pilu.

Kita sangat risau jika barisan paling hadapan dan paling penting ini tumbang. Sangat risau, tetapi malangnya ada kalangan kita yang sihat dan diberi cuti ini tidak menghargai pengorbanan mereka.

Ada yang membuat video mempersendakan arahan kerajaan supaya duduk di rumah. Ada yang update aktivi ke pasaraya beramai-ramai. Ada yang keluar berkelah di tepi pantai. Ada yang bawa anak ke taman permainan.

Dan yang paling teruk adalah mereka yang degil dan menipu.

Yang pernah kontek terus dengan pembawa COVID-19 enggan mengaku, datang ke hospital tidak jujur menerangkan perkara sebenar.

Setelah mereka disahkan positif COVID-19, menangis Nurse dan Doktor yang merawat mereka. Pasti Nurse dan Doktor berkenaan sudah menjangka kesannya terhadap diri mereka.

Ada Nurse yang mengandung menangis hiba dan kecewa selepas memberi rawatan terus dengan pesakit yang mengaku kononnya demam biasa. Kononnya tiada hubungan dengan pembawa COVID-19.

Akhirnya selepas uijian barulah buka semua cerita. Allahu, kasihannya, apa lagi nak dikata.. Nurse dan Doktor yang cuba membantu tapi kini mereka pula terkena jangkitan akibat pesakit yang menipu dan bodoh.

KKM mengumumkan 15 orang dari sektor kesihatan awam dan swasta dijangkiti virus COVID-19. Ini semua akibat dari sikap tidak jujur dan bodoh sebilangan pesakit.

Staff KKM adalah hero dan heroin yang tidak didendang. Mereka berkorban segalanya untuk kita, malangnya kita sanggup mengkhianati dan mempersiakan pengorbanan mereka?

Kawan-kawan...
Ada staff yang menangis tidak dapat lagi solat awal waktu. Ada yang menangis tidak dapat baca Quran seperti selalu. Ada yang menangis tidak melihat kawan-kawan yang lesu.

Hargailah pengorbanan mereka. Entah apa yang mampu kita gantikan nanti dengan pengorbanan-pengorbanan ini. Kita yang masih sihat dan diberi rehat, tolonglah faham dan peduli. Tolonglah...

Patuhilah semua arahan dari kerajaan, duduk di rumah diam-diam. Jika perlu dapatkan rawatan, tolong jujur dengan mereka.

Berikanlah jutaan penghormatan serta terima kasih yang tak terhingga buat hero dan heroin yang tidak bernama ini.



No comments: