Merebak dari sentuhan, pegang muka sendiri jadi punca jangkitan Covid-19?


Setiap kali anda berasa ingin memegang muka, gunakanlah tisu dan buangkannya selepas digunakan.

Dalam sehari, berapa kerap anda akan menyentuh muka? 5, 10 atau mungkin 16 kali? Dan tahukah anda tabiat tersebut mungkin menjadi antara punca jangkitan Covid-19?

Tabiat menyentuh muka
Setiap orang kebiasaannya memang akan memegang wajah walaupun tanpa sebarang sebab secara berulang kali.
Hidung gatal, mata letih, lap mulut atau pelbagai alasan lagi yang menyebabkan kita akan memegang kulit pada wajah.
Bagaimanapun, tanpa kita sedari, tabiat yang dilakukan itu mungkin akan mendedahkan diri kepada bakteria, virus dan kuman.
Ia sekali gus meningkatkan risiko jangkitan flu, selesema mahupun virus terbaru, jangkitan Covid-19.
Bahagian mulut dan mata “saluran” bagi virus untuk memasuki badan dengan mudah.
Hanya dengan memerlukan sentuhan jari yang sudah dijangkiti virus.
Jadi, sebab itulah kita digalakkan untuk kerap mencuci tangan dengan sabun.
2 cara penularan jangkitan
Pusat Kawalan Penyakit (CDC), jangkitan Covid-19 atau turut dikenali dengan nama SARS-COV-2, boleh menular dari individu kepada individu, sama seperti jangkitan pernafasan lain.
Ia termasuklah melalui titisan, wap atau cecair pernafasan yang terhasil apabila seseorang bersin.
Dan individu lain menyedutnya masuk ke dalam paru-paru atau dengan menyentuh permukaan yang tercemar dengan virus.
Kemudian, menggunakan tangan tersebut untuk menyentuh muka seperti pada bahagian mata atau mulut.
Kita mungkin boleh menghindari individu yang secara fizikalnya tampak sakit atau mengambil langkah berjaga-jaga terhadap penularan virus melalui udara dengan penggunaan topeng.
Namun, kita sukar untuk mengelak daripada virus yang melekat pada permukaan seperti wang kertas ataupun barang.
Kita menyentuh muka setiap masa
Penyelidik yang melakukan kajian terhadap tabiat ini mendapati ramai individu kerap memegang muka mereka hampir setiap masa.
Kajian melibatkan 10 responden dalam 1 penyelidikan pada tahun 2008.
Kesemua yang terlibat dibiarkan sendirian dalam suasana pejabat untuk tempoh 3 jam.
Hasilnya, saintis mendapati secara putara, mereka memegang muka 16 kali sejam.
Kajian lagi yang dilakukan pada 2015, melibatkan 26 pelajar perubatan sebuah universiti di Australia.
Daripada kajian menunjukkan dalam tempoh sejam, responden memegang wajah mereka sebanyak 23 kali.
Hampir separuh sentuhan yang berlaku sepanjang kajian melibatkan bahagian mulut, hidung ataupun mata; ini merupakan antara laluan paling mudah untuk virus mahupun bakteria memasuki badan.
Malahan, profesional perubatan, yang merupakan antara individu-individu yang lebih pakar dalam perihal kesihatan juga didapati menyentuh muka pada purata 19 kali dalam tempoh 2 jam.
Menurut Pengasas Psychiatry & Sleep Medicine di Menlo Park, California, Dr Alex Dimitriu, “Ketika melakukan pekerjaan, kebanyakan individu akan bermain dengan rambut, memegang kaki dan sebagainya sebelum memegang muka.”
Jelas beliau lagi, ia 1 perkara yang baik untuk berada dalam keadaan sedar dan menghindari perbuatan tersebut sama ada ketika bermesyuarat, melakukan panggilan telefon atau ketika sibuk bekerja.
3 cara mengelakkan menyentuh muka
Setiap saat, apabila kita melakukan sentuhan pada muka ia akan meningkatkan risiko jangkitan Covid-19 atau sebarang virus mahupun bakteria lain.
Jadi bagaimana cara untuk menghindari atau sekurang-kurangnya mengelakkan tabiat ini?
Berikut 3 langkah yang mungkin dapat membantu:
1. Pantau tabiat
Ia mungkin lebih mudah untuk mengatakan berbanding melakukannya. Tetapi sememangnya antara cara utama untuk mengurangkan tabiat ini adalah dengan meningkatkan kesedaran mengenainya.
Sebagai permulaan, mungkin anda boleh mencari punca yang menyebabkan anda cenderung memegang wajah. Selepas itu, secara perlahan-lahan, kurangkan tabiat tersebut.
Ia sukar, tetapi percayalah, apabila anda berjaya mengurangkan kebiasaan itu, tabiat menyentuh muka juga akan hilang dari masa ke masa.
2. Alihkan perhatian
Cara kedua yang mungkin boleh dicuba bagi membantu mengurangkan tabiat memegang muka adalah dengan menyentuh perkara lain, seperti pen atau bantal.
Ini kerana seseorang individu cenderung memegang muka saat sedang membaca atau menonton televisyen.
Jadi jika tangan sedang memegang benda lain, mungkin ia dapat mengurangkan tabiat menyentuh wajah.
3. Peringatan
Kaedah ini mungkin sesuai dilakukan apabila anda sudah terlalu sukar untuk menghentikan kebiasaan menyentuh wajah.
Letakkan peringatan bertulis seperti “JANGAN SENTUH MUKA!” pada bilik, ruang kerja atau di mana-mana sahaja yang diperlukan.
Anda juga boleh meminta bantuan rakan baik untuk sentiasa mengingatkan anda apabila bersama. Oh, dengan meletakkan reminder dalam gajet seperti telefon pintar juga boleh dilakukan.
Mencuci tangan amalan penting
Kekerapan membasuh tangan sekurang-kurangnya untuk tempoh 20 saat adalah cara untuk menghindari sebarang jangkitan virus kepada diri. Ini kerana kita tidak tahu apa yang kita sentuh dan akhirnya kita memegang muka.
CDC menyatakan, cara efektif untuk mencuci tangan melibatkan 5 langkah mudah, iaitu:
  1. Membasahkan
  2. Menyabun
  3. Menggosok
  4. Membilas
  5. Mengeringkan
Penjagaan kebersihan diri
Sekiranya terlalu sukar untuk mengurangkan tabiat menyentuh muka, mungkin anda boleh mengurangkan risiko jangkitan Covid-19 atau sebarang penyakit lain dengan penggunaan tisu.
Setiap kali anda berasa ingin memegang muka, gunakanlah tisu dan buangkannya selepas digunakan.
Apa pun, pastikan anda sentiasa menjaga aspek kebersihan diri ketika penularan virus Covid-19 ketika ini,
Artikel ini diterbitkan di hellodoktor.com dan disemak Dr Duyen Le. Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

No comments: