Ibrahim Mat Isa
Zakat Pulau Pinang memperuntukan RM3 juta untuk membantu peniaga kecil dan penjaja dari kalangan asnaf fakir dan miskin yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan berikutan penularan koronavirus (Covid-19).
Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Ir Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman berkata, bantuan khas yang disediakan ini bagi meringankan beban golongan berkenaan yang berdepan masalah kehilangan punca pendapatan disebabkan perintah kawalan berkenaan.
Beliau yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang berkata, bantuan khas ini menyasarkan peniaga dan penjaja gerai makanan serta minuman di pasar malam, pasar tani, di tepi jalan dan blok perumahan.
"Peniaga pakaian (bukan butik) dan barang keperluan dapur serta tukang gunting rambut kecilan turut layak menerima bantuan ini. Namun, peniaga pasar basah dan pasar pagi tidak termasuk untuk skim bantuan ini.
"Mereka boleh membuat permohonan ini secara atas talian melalui laman web ZPP iaitu www.zakatpenang.com dan perlu mengemukakan semua dokumen yang diperlukan," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat ZPP di Bandar Perda di sini hari ini.
Ahmad Zakiyuddin berkata, pemohon yang ingin mendapatkan bantuan tersebut mestilah peniaga sepenuh masa dan berpendapatan di bawah RM2,000 sebulan selain tidak mempunyai simpanan melebihi RM5,000.
Katanya, mereka yang layak akan menerima bantuan sebanyak RM500 dan ZPP menggunakan peruntukan asnaf Tawaqquf, miskin bagi menyalurkan bantuan ini kepada penerima.
Sementara itu, Ahmad Zakituyuddin berkata, ZPP turut menyalurkan bantuan sebanyak RM306,500 kepada lebih 700 buah masjid dan surau di negeri ini bagi tujuan pembersihan dan nyahkuman untuk mencegah penularan Covid-19.
Katanya, dengan sumbangan yang diberikan akan memastikan masjid dan surau di negeri ini berada dalam keadaan bersih dan diyakini selamat untuk dikunjungi serta diimarahkan seperti sedia ada nanti.
"Sumbangan ini adalah tanggungjawab ZPP dalam membantu usaha kerajaan dalam usaha mencegah penularan jangkitan wabak ini.
"Kita berharap wabak ini dapat ditangani segera dan seluruh rakyat di negeri ini dapat menjalani kehidupan seperti biasa semula,"katanya.