FAKTA BUKAN AUTA

ANTI PH BACA DAN BUKA LINK NI. TAK HABIS NAK SALAHKAN PH. AKU SHARE BY FAKTA BUKAN AUTA.

https://malaysiafokus.com/11-fakta-tuduhan-kerajaan-ph-penyebab-wabak-tidak-tepat/?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook

*1. 1ST WAVE BERJAYA DIKAWAL*

1st Wave yang diuruskan kerajaan PH (yang ditumbangkan pada 24Feb) yang terdiri dari pelancong China telah sihat sepenuhnya dan telah tinggalkan negara pada 27 Feb.  Pada masa ini China telah melakukan LOCKDOWN yang bermaksud kawasan yang terjejas tidak boleh tinggalkan tempat mereka. Tiada lagi dibenarkan melancong.

*2. 2ND WAVE BERMULA 27Feb*

Gelombang kedua terdiri dari rakyat Malaysia yang membawa virus ini dari luar ke dalam Malaysia. Mereka BUKAN pelancong.

*3. NEGARA TIADA KABINET SELAMA 16 HARI*

Akibat langkah Sheraton, Malaysia kehilangan Kerajaan yang effektif untuk tangani Convid-19 selama 16 hari dari tarikh PH tumbang (24 Feb) sehingga perlantikan 70 Kabinet baru (10 Mac 2020).

*4. NEGARA TERLEPAS 16 HARI WAKTU KRITIKAL*

Semasa berdepan dengan Gelombang Ke-2, Malaysia tiada Menteri Dalam Negeri untuk membuat polisi kawalan pintu sempadan, Tiada Menteri Agama untuk menghalang aktiviti berkumpul di masjid, Tiada Menteri Kesihatan yang memandu pasukan menentang wabak dan paling teruk NADMA telah hilang arah tuju apabila TPM sudah kehilangan jawatan
.
*5. WHO MEMUJI MALAYSIA TANGANI WABAK*

Wakil WHO ke Malaysia, Brunei Darussalam dan Singapura, Dr Lo Ying-Ru, berkata kerajaan negara ini cemerlang dalam melakukan siasatan kesnya selain telus berkongsi perkembangan terkini bukan hanya kepada WHO tetapi juga kepada orang ramai.

*6. IJTIMA TABLIGH 27HB  JADI PUNCA UTAMA WABAK*

Semasa tumpuan negara kepada drama politik Langkah Sheraton, tiada lagi kerajaan yang efektif memantau aktiviti yang menjadi punca ledakan kes CONVID-19. Disamping tumpuan juga kepada kesan ekonomi dan pasaran saham yang sebabkan 43bil hilang dari Bursa.

*7. 24hb TWEET TERAKHIR DR DZULKEFLY*

“Alhamdulillah! 2 lg kes COVID-19 pulih sepenuhnya & discaj hari ini. Tiada kes +ve baru. Kes-14 & Kes-19 sblm ini dirawat di HKL. Jumlah yang tlh pulih sepenuhnya & discaj hingga hari ini 20 orang. 2 masih dirawat di wad dan stabil. Tweet saya terakhir sbg YBMK. TK!”

*8. KES 26 RAKYAT TEMPATAN PUNCA MEREBAK*

Pesakit ini disahkan positif pada 29 Feb 2020 semasa TIADA KERAJAAN yang sebabkan kes merebak. Pada 4 Mac, 215 Kontak rapat, 16 Positif, 19 Negatif, 180 menunggu keputusan.

*9. GRAF TREND MENURUN SEMASA PH*

MOH Mendedahkan graf kes yang dilihat menurun semasa PH masih memimpin kerajaan dan mencanak naik setelah kerajaan ditumbangkan.

*10. MALAYSIA MENJADI NEGARA TERATAS*

Rujuk video.

*11. MALAYSIA PECAH REKOD 190 KES SEHARI PADA 15 MAC 2020.*

Sebanyak 190 kes baharu dilaporkan positif COVID-19 menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 428 kes. Berdasarkan siasatan awal, kebanyakan kes baharu itu berkait dengan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling, baru-baru ini.

No comments: