VIDEO: DIA DATANG LAGI: Raja Bomoh Ibrahim Mat Zin Pagar Satu Dunia Daripada virus #Covid19






Rakyat Malaysia mesti masih ingat dengan Ibrahim Mat Zin, Raja Bomoh yang sentiasa muncul bila ada masaah negara.Dulu dia pernah mencetuskan fenomena menerusi buah kelapa dan teropong ajaibnya.Kali ini dia muncul kembali, mendakwa sudah 'memagar' seluruh dunia daripada virus Covid-19.


Yang paling menarik perhatian warganet bila bomoh ini tak lupa membawa teropongnya untuk ritual perubatan kali ini.Tindakannya 'memagar' dunia menggunakan model bumi itu menjadi bahan senda pengguna media sosial.Tak kurang juga yang mendakwa aksi raja bomoh ini seolah-olah mempersendakan isu serius yang sedang melanda negara.



Rakaman yang dimuat naik oleh laman Facebook Sultan Melaka itu mendapat tontotnan berpuluh ribu kali.Bukan itu sahaja, Raja Bomoh juga sempat menyeru masyarakat agar mematuhi arahan Perdana Menteri supaya duduk di rumah.


No comments: