Walaupun MT UMNO hanya akan bermesyuarat petang ini bagi membincangkan hasrat bekerjasama dengan Bersatu dan Tun Mahathir Mohamad dalam sebuah gabungan baru yang dikenali Pakatan Nasional, perkembangan mutakhir menampakkan usaha itu hampir pasti menemui kegagalan.
Ini berikutan rata-rata ahli UMNO peringkat bawahan menolak sebarang hasrat untuk bekerjasama dengan Tun Mahathir, sebaliknya ingin parti itu terus kekal bersama Pas dan lain-lain parti dalam Muafakat Nasional.Majoriti ahli UMNO mempersoalkan jika kerjasama itu hanya untuk mengekalkan Tun Mahathir berada lebih lama di kerusi Perdana Menteri, sedangkan beliau telah menghina, mencerca dan mengalahkqn UMNO dalam PRU yang lalu.
Lebih daripada itu, oleh kerana UMNO mempunyai jumlah kerusi Parlimen yang lebih banyak berbanding Bersatu, termasuk beberapa pemimpinnya mahu melalui Pakatan Nasional, kerusi Perdana Menteri diserahkan kepada UMNO.Susulan itu, beberapa pemimpin tertinggi UMNO segera mengeluarkan kenyataan yang menggambarkan penolakan terhadap kerjasama itu.

Dalam politik, kita mesti ada kejelasan dalam tujuan, aspirasi dan tindakan. Paling penting, dalam politik jangan pernah kita lupa apa itu ‘perjuangan’,” ujarnya.Mohamad atau Tok Mat juga mengingatkan, sebuah kerajaan yang dibentuk tanpa restu pengundi lebih mungkin menerima padah pada pilihanraya selepas itu.

Begitu pun, berita paling menyentap hati Tun Mahathir tentunya ialah apabila Ketua Menteri Sarawak, Abang Johari Abang Haji Openg turut menegaskan, GPS tidak akan sesekali menyertai Pakatan Nasional.

(ShahbudinHusin 07/02/2020)
No comments:
Post a Comment