Keputusan MT berpihak kepada Lokman Nur Adam.




Keputusan MT berpihak kepada Lokman  Nur Adam.

Petang ini, demi maruah UMNO, akan berkeputusan  UMNO akan tidak menjadikan kenyataan yang pipih datang melayang yang bulat datang bergolek kepada Dr Mahathir Mohamad.

2.  Walau pun diketahui umum perundingan semua pihak yang terlibat berlaku dalam seminggu dua yang lalu melalui wakil parti yang berkenaan.

3. Keputusan menolak cadangan itu mungkin UMNO tidak mampu lakukan secara konsensus bila usul sama ada percaya atau tidak kepada Dr Mahathir Mohamad boleh dilakukan.

4. Jika mempersetuju atau tidak usul menyokong Dr Mahathkr Mohamad sebagai Perdana Menteri, tidak ada menunjukkan keuntongan laba jangka panjang, sebaliknya kerugian berpanjangan  kepada UMNO.

5. Dr Mahathir Mohamad yang melihat polemik politik kununnya akan wujud Pakatan Nasional dimana  UMNO dan PAS membentuk kerajaan baru dengan  ketiadaan DAP dan PKR saperti rezeki datang melayang dalan keadaan imej dan pengaruh beliau sedang menurun di mata rakyat.

6. Jika berlaku sokongan UMNO kepada Dr Mahathir Mohamad. UMNO akan bermusuh dan kekal terus melawan DAP dan PKR. Dan Dr Mahathir Mohamad dapat menyelamatkan dari mati lemas yang berasal empangan yang dibina bersama DAP dan PKR dahulu dirobohkan oleh UMNO dan PAS.

7. Lokman Nur Adam tidak hadir sebab  berada di luar negeri. Tanggungjawab beliau selaku Majlis Tertinggi sudah dilakukan lebih awal dan mendapat kecaman dari UMNO sendiri. Keputusan tanpa kehadirannya adalah satu kemenangannya kepadanya. Beliau telah memintas gagasan ini lebih awal.

8. Lokman  Nur Adam bukan ahli MKT yang pertama memperkatakan soal kehendak dan keputusan Presiden UMNO.

9. Sejarah UMNO ramai ahli MKT yang bertentangan pendapat dengan Presiden UMNO. Dari Panglima Bukit Gantang, Jaafar Albar, Aziz Ishak, Sulaiman Palestine, Musa Hitam, Abd Manan Othman.Tengku Razaleigh Hamzah, adalah sederet nama yang pernah berlawanan dengan kehendak Presiden UMNO.

10. Tetapi tidak pernah berlaku ahli-ahli UMNO mencemuhkan mereka. Sebaliknya mereka kemudiannya dikatakan betul  tindakan mereka menyerang Presiden UMNO.

11. Maka tanpa kehadiran Lokman Nur Adam, MKT akan menolak untuk bersama dengan Dr Mahathir Mohamad dalam penubuhan Kerajaan Baru dengan agenda terselindung bagi menghalang Anwar Ibrahim mengambil tugas Perdana Menteri salepas Dr Mahathir Mohamad, adalah kemenangan Ahli UMNO yang menolak UMNO melibatkan diri dalan kemelut di Parti Pakatan Harapan.

UMNO hanya boleh menghulurkan tangan dengan Dr Mahathir Mohamad, jika dia sendiri PPBM keluar dari Pakatan Harapan dan membawa sekutunya PAN, Warisan untuk bersama UMNO dan PAS termasuk GPS di Serawak membentuk Kerajaan Baru dan beliau boleh kekal menjadi Perdana Menteri selagi dia mahu.

Ditulis oleh: Zaharin Mohd Yasin@Sang Kelembai.
Feb 7, 202O

No comments: