Puak Umno kata kalau Najib bersalah KENAPA dah lebih setahun DIA MASIH berlegar BEBAS KESANA kesini..?


Oleh: Sentum selalu..

Puak Umno kata kalau Najib bersalah KENAPA dah lebih setahun DIA MASIH berlegar BEBAS KESANA kesini..?

Ni CARA kita NAK JAWAB...

1. Kalau kita negara komunis KITA BOLEH tangkap NAJI hari ni DAN subuh ESOK JATUH HUKUM tembak. Syukur KITA bukan NEGARA komunis. KITA negara demokrasi berlandaskan keluhuran undang undang. Dimana SETIAP YANG tertuduh diberi ruang DAN peluang secukupnya UNTUK membela DIRI. BOLEH MINTA TUKAR hakim. MINTA TUKAR pendakwa. MINTA ini. MINTA itu.

2. Kes CURI telor ayam PUN boleh AMBIL MASA berbulan. DARI penyiasatan, pendakwaan hinggalah JATUH hukum. Tu PUN KALAU tertuduh tak ADA setengah dozen loyer DAN manjang SAKIT mata DAN lawyer manjang kena gigit anjing.

3. WANG 1MDB banyak dipindahkan ke akaun pesisir DAN dibelanjakan diluarnegara. SEMUA rekod dan bukti transaksi HANYA ADA pada DOJ Amerika. Sebab HANYA Amerika YANG ADA kuasa UNTUK siasat SEBAB IANYA melibatkan matawang dollar Amerika.

Selain DARI Amerika bukti JUGA PERLU diperolehi dari Singapura DIMANA perbicaraan KES berkaitan 1MDB TELAH berjalan SEJAK DUA TAHUN lepas. Dimana 5 telah dihukum penjara, SATU bank ditarik LESEN perniagaannya DAN TIGA bank LAGI didenda.

Negara KETIGA ialah Switzerland DIMANA sebahagian WANG 1MDB YANG disamun di sembunyikan.

4. DAN kesemua BUKTI tersebut HANYA BOLEH diperolehi melalui permohonan Mutual Legal Assistance (MLA) kepada NEGARA terbabit.

Setelah hampir setahun KINI semua BUKTI TELAH kita perolehi DARI NEGARA terbabit DAN perbicaraan KES 1MDB bermula BULAN NI.

5. Dan Najib TAHU kita DAH ADA cukup BUKTI UNTUK humban DIA ke Sg. Buloh. SEBAB tu lah kalau sebelum ni DIA bermatian KATA DUIT DALAM akaun DIA  duit DERMA Pak Arab, sekarang DIA dah mengaku DUIT tu duit 1MDB. Cuma muslihat terbarunya KONON dia JUGA mangsa KEPADA penipuan Jho Low.

6. Apapun kes pendakwaan SRC dah SELESAI bulan lepas. Bulan DEPAN in sya ALLAH MUNGKIN mahkamah AKAN jatuh HUKUM selepas NAJIB dipanggil membela DIRI. KALAU bersalah NAJIB BOLEH MINTA penangguhan hukuman sehingga proses rayuan selesai. TAPI denda RM200 juta (5 kali DARI jumlah suapan) mesti dijelaskan serta merta. KALAU TAK BOLEH bayar, NAJIB kenalah merayu DARI DALAM PENJARA.

7. Perbicaraan KES 1MDB pulak dijadualkan selesai AWAL TAHUN depan. Tu PUN JIKA NAJIB manjang tak sakit MATA DAN loyer manjang kena GIGIT ANJING.

No comments: