*TERBUKTI AKHIRNYA ULAMA2 PAS TIDAK TAHU MEMERINTAH!!!*



Baru2 ini Lim Guan Eng, Menteri Kewangan membuat kenyataan bahawa beliau terpaksa meluluskan "Emergency Fund" sebanyak dua kali berjumlah RM192 juta semata-mata untuk membayar gaji. Ucapan beliau di Konvensyen DAP itu mengejutkan ramai pihak kerana disangka selama ini ulama-ulama PAS dianggap mengetahui bagaiamana mentadbir negeri.

Di zaman Tok Guru Nik Aziz dahlu di mana Husam Musa diberikan tugas mentadbir kewangan negeri. Sepanjang Tok Guru menjadi MB Kelantan, tidak pernah Kerajaan Kelantan meminta wang dari Kerajaan Pusat untuk membayar gaji kakitangan kerajaan.

Di bawah ulama yang ada sekarang tanpa Husam Musa, keadaan kewangan semakin buruk dan nampak benar-benar ulama PAS tidak mampu membayar gaji kakitangan.

Itu adalah bukti bahawa ulama2 PAS menggunakan title mereka sebagai ulama untuk merebut jawatan.

Sebelum ini Tulang Besi telah pun mendedahkan bahawa ramai ulama dalam PAS adalah menyamar dalam artikel bertajuk "Adakah Ulama-Ulama PAS Benar-Benar Ulama?"

Sebagai ulama pun mereka banyak berbohong, inikan pula sebagai pentadbir negeri.

Namun, ulama2 PAS yg mentadbir Kelantan itu dikhabarkan kuat berjalan dan melawat ke luar negara. Dahulu ada gambar lawatan ke Norway. Sekarang ini dkhabarkan keseluruhan exco akan melawat New Zealand pula.

Mereka mencapai jawatan mereka bukan kerana mereka layak tapi kerana menjual title ulama mereka seluruh parti. Dan mereka bukan ulama yang sebenar2 ulama pun.

Di Terengganu pula hampir kesemua janji Manifesto PAS di sana tidak dilaksanakan. Banyak syarikat2 anak negeri telah ditutup akibat ketidak upayaan kerjaaan negeri mentadbir.

Berbalik kepada Kelantan pula, tiada apa2 projek ataupun pembangunan yang jelas dan berdaya maju yg dilaksanakan oleh ulama2 PAS di sana.

KESIMPULAN: Ulama2 PAS tidak mampu memerintah. Mereka selama ini pun diselamatkan oleh professional2 dalam PAS, Sekarang ini professional2 yang ada dalam PAS sudah pun keluar dan menyertai Amanah. Yg tinggal dalam PAS semuanya tidak boleh diharap.

Maka, kesudahan yang jelas yang akan berlaku adalah negeri2 Kelantan dan Terengganu akan terus ketinggalan dan terabai.

Bayar gaji pun ulama2 PAS ni tak mampu,inikan pula hendak membangunkan negeri.

Seharusnya Kerajaan Pusat mesti merampas semula pemerintahan KElantan dan Terengganu atas nama Darurat kerana kerajaan negeri mereka sudah tidak mampu berfungsi lagi.

TULANG BESI

No comments: