Ezam Md Nor
PENJARA KAJANG - sehari dua ini banyak kisah Penjara Kajang.Akuan bersumpah Azilah dr Penjara Kajang. Kisah banduan Abdullah Ang boleh pergi kantor dan shopping juga dari Penjara Kajang.
Foto ini diambil secara sulit oleh ahli keluarga saya semasa ziarah AidilFitri.Itulah cara kami salam raya.Pakai intercom sahaja.Hanya Allah yg tahu perasaan beraya bersama anak usia 3-7tahun kaedah itu.
Saya bukan kawan PM masa tu.Malah musuh PM.Makanya beraya pun tak dibenar 'sentuhan' anak2.Abdullah Ang banduan istimewa dan kawan PM.Dia boleh shopping,balik rumah walaupun banduan Jenayah pecah amanah wang.Saya banduan bongkar menteri pecah amanah.Dan itu layanan saya terima.
Nota: Azilah adalah banduan akhir di Blok Akhir bersebelahan dengan Blok Asingan.Blok dimana saya ditempatkan.Dari kedua Blok ini ke pintu utama Penjara perlu melalui 4 pintu keselamatan yang kesemuanya berkunci 24 jam.