Rafizi dakwa diserang dalam kumpulan Whatsapp PAS

BAPAK BOREK ANAK RINTIK
Rafizi dakwa diserang dalam kumpulan Whatsapp PAS
Pada 01-03-2016 07:03
SHAH ALAM: Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli menasihati PAS menjaga 'akhlak' ahlinya setelah beliau mendakwa diserang oleh sebuah kumpulan Whatsapp.
Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan berkata kumpulan berkenaan memasukkan nama beliau tanpa persetujuannya lalu untuk memaki hamunnya.
Menurutnya kumpulan Whatsapp itu turut disertai ahli PAS termasuklah ketua pemuda parti itu, Nik Mohamad Abduh Nik Mat.
Beliau bertindak meninggalkan kumpulan tersebut namun namanya dimasukkan semula - juga tanpa kebenarannya.
"Dalam Whatsapp yang maki hamun itu ada juga pimpinan PAS seperti @nikabduh (merujuk kepada Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh), Razman PJ Perak dan lain-lain. Tolong nasihat akhlak ahli.
"Selepas diserang di media sosial oleh penyokong PAS, kini mereka sibuk add (masukkan) saya dalam Whatsapp untuk dimaki hamun. Bila keluar 'add' balik ‪#‎getalife‬," tulis beliau dalam entri Twitternya.
"Dengan YB PH (Pakatan Harapan) lain boleh diorg buli macam ini. Saya akan kongsi akhlak penyokong PAS ini sambil diperhati pimpinan mereka," jelas Rafizi lagi.
Rafizi mengambil langkah itu ekoran nasihat rakan Twitternya yang mahu beliau mendedahkan kandungan mesej berkenaan kepada umum.
Antaranya Mamalia/Joni @_joni_joni_joni yang mahu Ahli Parlimen Pandan itu supaya berbuat demikian.
"Printscreen la sikit. Biar orang tengok akhlak orang parti (jaja) Islam," katanya.
Status berkenaan menerima komen daripada netizen.
Luqman Suharni @mlms_0711 turut menulis "Maaf YB, saya pun tak bersetuju dengan kenyataan YB, tapi tindakan daiorg (mereka) itu tidak patut sebenarnya, agree to disagree,no maki hamun," katanya.
Teuku Zacharyah Iskandar
Admin FB : Anak Muda Bangkit Hancurkan UMNO & PAS

No comments: