Anwar tahan sakit begitu lama punca tekanan darah tinggi

(Oleh Fyza Abd Halim)
KUALA LUMPUR  7 FEB: Tekanan darah tinggi yang dialami Ketua Umum KEADILAN, saudara Anwar Ibrahim berpunca akibat menahan sakit terlalu lama tanpa rawatan, menurut Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Anwar terbaruEkoran penyakit tersebut, Anwar ditahan tiga hari di Hospital Kuala Lumpur bermula 28 Januari lalu.
Menurut Wan Azizah, kesihatan Anwar sekarang agak teruk kerana tangan kanan beliau tidak boleh diangkat sekaligus menyebabkan kesukaran untuk menyuap makanan.
Beliau berkata, Anwar hanya bergantung kepada ubat tahan sakit walaupun pihaknya memohon untuk diberikan rawatan fisioterapi di hospital.
“Sebelum ini dia (Anwar) tak ada masalah tekanan darah tinggi, keadaan ini terjadi disebabkan dia menahan sakit teramat sangat dalam tempoh yang lama. Kalau tidak dirawat ini boleh membahayakan lagi kesihatannya.
Wawi lagi“Sekarang ini tangan dia tak boleh angkat, tak boleh nak makan. Saya ada minta pihak hospital benarkan dia dirawat di hospital sahaja sehingga keadaannya baik namun ditolak kerana dinyatakan Anwar boleh bertahan kerana ubat.
“Itulah kekangannya, walaupun kita merayu kepada mereka namun kuasa hanya di tangan mereka,” kata Wan Azizah.
Cucu Anwar pada mulanya turut dihalang berjumpa dengannya ketika di Mahkamah Syariah Jalan Duta semalam.
Cucu Anwar pada mulanya turut dihalang berjumpa dengannya ketika di Mahkamah Syariah Jalan Duta semalam.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Syariah Kuala Lumpur semalam kerana kehadiran Anwar bagi menandatangani afidavitnya berhubung permohonan rayuan kes Qazaf terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Wan Azizah yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, setiap kali berjumpa Anwar, bekas Ketua Pembangkang itu tidak henti-henti mengambil berat soal rakyat berbanding masalah kesihatannya.
“Memang setiap kali jumpa, dia akan berbicara tentang kesusahan, masalah dan keperitan yang dialami rakyat ketika ini. Malah dia turut berpesan supaya kita jangan berputus asa dan sentiasa bersama rakyat.
“Sebab itulah, kita cuba usahakan untuk memperingati setahun dia dipenjarakan, walaupun nampak gaya ada kekangan tetapi itu tidaklah mengurangkan inisiatif serta memalapkan usaha kita untuk terus berjuang,” ujarnya.