Tak perlu universiti pertanian baru, kembalikan peranan UPM
KUALA LUMPUR 19 DIS: Pengerusi Biro Pendidikan KEADILAN, Abbas Awang berkata, kerajaan tidak perlu mewujudkan Universiti Pertanian Agropolitan kerana ia merupakan pembaziran.
“Tak perlulah nak membazir untuk bina universiti baru. Kita telah ada UPM. Disana kemudahannya cukup. Ada tanah yang luas untuk menjalankan pelbagai kajian berkaitan dengan pertanian.
“Cuma kesilapan kerajaan yang sebelum ini tidak mahu terus memperkasakan universiti tersebut sebagai intistusi yang menumpukan kepada bidang pertanian dianggap sesuatu yang merugikan,” kata Abbas kepada Keadilandaily.
“Kerajaan boleh mengembalikan fungsi UPM sebagai pusat perkembangan dan pengajian berkaitan pertanian,” jelas Abbas lagi.
Abbas (gambar) yang kurang bersetuju dengan cadangan pembinaan bangunan Universiti baru berkata, subjek yang berkaitan dengan pertanian harus dikembalikan kepada UPM bagi mengembalikan semula kegemilangan universiti tersebut.
“Pertanian elok dikembalikan kepada UPM. Kemudian bila sudah kukuh, baru boleh difikirkan untuk mendirikan kolej-kolej lain berkaitan dengan pertanian ini di negeri-negeri lain,” katanya.
No comments:
Post a Comment