Setelah berbuih-buih asakan pendedahan, kutukan, caci maki ,malahan doa di panjangkankepada NFC dan kroni-kroninya, hari ini shahrizat tampil dengan dakwaan mahu mengambil cuti panjang agar SPRM dapat menyiasat sama ada beliau terlibat atau tidak..wah!!! seronok dengar bunyinya perkataan ini dan yang nak menyiasatnya pulak aduhai SPRm yang memang terenal dengan dakwaan timbal balik.
lepas dakwa bagi polis, lepas polis siasat , bagi semula kepada SPRM...memang nampak drama siasatan ini macam drama main bola sepak dan pengulas yang memainan peranan mensensasikan permainan bola di padang lagaknya .Aku tak kisah kalau selama pendedahan ini menunjukkan bukti siapa bersalah dan jelas sekali ianya memang bersalah, walau belum masuk mahkamah lagi pun...kalau benar-benar telus ..dah lama ditangkap dan disiasat..sebagaimana dakwaan yang berlaku kepada ketua Pembangkang..ditahan di siasat dilondeh dan dimalukan.
Gamaknya lah..kalau begitu dilakukan kepada mereka-mereka ini..mahu saja pengsan didalam lokap.Dengan bukti jelas,dengan tuduhan yang dibuktikan harta yang dimiliki , masih lagi nak siasat?
sebenarnya..begini apabila disiasat...nampaknya tidak ada kaitan langsung sebab yang mengendalikan projek NFC bukan aku, tetapi suami aku..dan aku langsung tak terlibat walau sebiji biji sawi sekali pun.
kita cuba lihat aan drama ini berterusan dan bagaimana ianya akan dibersihkan dalam jangkamasa yang terdekat ini.Bagi pendengar dan pengikut setia drama bersiri ini kita akan tahu kesudahannya laksana cerita dongeng purbaala apabila hero sudah tentunya akan menang dan menjadi raja....bagi shahrizat...anda pastinya akan dibersihan.
Shahrizat ambil cuti, minta SPRM siasat terlibat NFC atau tidak
Dalam kenyataan yang dikeluarkan Ketua Wanita Umno berkenaan hari ini, Shahrizat (gambar) membuat permohonan untuk bercuti rehat sebagai menteri bermula 13 Januari ini.
“Saya ingin memaklumkan bahawa saya telah memohon bercuti rehat daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, selama tiga minggu bermula 13 Januari 2012 daripada menjalankan tugas sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat,” katanya dalam kenyataan tersebut.
Kenyataan dua perenggan tersebut turut menyatakan Shahrizat berharap SPRM dapat menjalankan siasatan sama ada dirinya terlibat atau tidak dalam skandal NFC seperti yang didakwa sesetengah pihak.
“Saya berharap pihak SPRM akan dapat menjalankan siasatan sama ada saya terlibat atau tidak di dalam apa-apa keputusan yang dibuat oleh Kerajaan mengenai National Feedlot Corporation (NFC) di mana suami saya Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail memegang jawatan sebagai Pengerusi Eksekutif,” tambahnya.
PKR berterusan mendedahkan bukti-bukti dan pendedahan penyelewengan terhadap NFC, dan yang terbaru, mereka mendakwa terdapatnya cubaan merasuah pegawai penyiasat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) daripada seorang individu dalam NFC dengan menggunakan khidmat orang tengah.
Pendedahan yang dibuat oleh Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini, mendedahkan emel salah seorang ahli Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah SPRM, yang menyatakan terdapatnya cubaan merasuah polis oleh individu berkenaan dengan menggunakan khidmat orang tengah.
Rafizi turut mendakwa terdapatnya cubaan untuk mengambil alih syarikat National Meat and Livestock Corporation (NLFC) oleh Pusat Fidlot Nasional (NFC) dalam satu Mesyuarat Agung Luarbiasa (EGM) dengan mengeluarkan notis singkat untuk membuat keputusan.
Polis sebelum ini mengesahkan kertas siasatan NFC sudah 80 peratus siap sebelum diserahkan kepada Peguam Negara.
Selain itu, Datuk Shamsubahrain Ismail telah dituduh menipu Pengerusi NFC Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail sebanyak RM1.76 juta sebagai bayaran rundingan untuk mendapatkan perkhidmatan penasihat.
Shamsubahrin didakwa dengan dua tuduhan menipu di bawah seksyen 420 Kanun Jenayah.
Jika sabit kesalahan Shamsubahrain boleh dijatuhkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.
Bagaimanapun, dia mengaku tidak bersalah di atas kedua-dua pertuduhan tersebut.
Skandal NFC mula tercetus apabila Laporan Ketua Audit Negara menyatakan terdapat kecelaruan dalam projek ternakan lembu yang menelan kos RM250 juta itu.
PKR kemudiannya mengemukakan bukti-bukti penyelewengan termasuk pembelian dua unit kondominium di Bangsar, pembelian kereta Mercedes-Benz CLS350 berharga RM534,622 dan dua lot tanah di Precinct 10, Putrajaya dengan nilai RM3,363,507.
PKR turut mendakwa sejumlah RM10 juta telah dipindahkan ke Singapura untuk pembelian kondominium mewah untuk keluarganya.
Shahrizat cuba mengalih perhatian terhadapnya dengan menyatakan dakwaan dia hanya isteri kepada Pengerusi NFC, dan tidak mempunyai sebarang kaitan terhadap skandal tersebut.
Shahrizat bukan sahaja menerima desakan meletak jawatan daripada pembangkang, malah turut menerima desakan daripada rakan-rakan dalam Barisan Nasional (BN) termasuk bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.