Friday, April 29, 2011

Mat Sabu : PAS Tetap Bersama Pakatan

Mat Sabu : PAS Tetap Bersama Pakatan
29/04/2011
Share |



KUALA LUMPUR : Calon Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, parti Islam itu akan kekal bersama Pakatan Rakyat walapu apa pun yang berlaku terhadap pemimpin kanan perikatan itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu menambah, bagaimanapun ia adalah pandangan peribadi beliau.

" Apapun yang berlaku kepada Anwar (dalam dakwaan liwat dan kes video seks), saya fikir PAS akan kekal bersama Pakatan," katanya pada sidang media di pejabat akhbar Harakah di ibu negara hari ini.

Ahli jawatankuasa PAS pusat itu menambah, ia menjadi tanggungjawab kepada Parti Keadilan Rakyat untuk membuat keputusan berhubung pendirian parti itu dan kedudukan Anwar sebagai Ketua Umum PKR.

“Ini masalah parti, apa kena dengan Pakatan Rakyat pula? PAS akan kekal bersama Pakatan Rakyat, ini pandangan peribadi saya tapi keputusan itu hanya akan kita buat lepas siasatan polis selesai.

“Ini melibatkan individu, bukan Pakatan Rakyat. Kalau betul, parti yang terlibat perlu buat keputusan,” katanya lagi.

No comments:

Blog Archive

My Blog List

Followers