Syed Husin Ali saman Utusan, tuntut 10 juta

Friday. Oleh Mohd Ali Bakri

KUALA LUMPUR: "Saya hantar surat kepada Pengarang dan Pengarang Pengurus Utusan Melayu Bhd dan juga Zamil Ibrahim, saya menuntut mereka meminta maaf dan membayar ganti rugi RM10 juta," kata Timbalan Presiden PKR Dr Syed Husin Ali baru-baru ini.

Tambahnya, surat itu beliau kirimkan melalui perantaraan firma guaman Peguambela dan Peguamcara Edwin Lim Suren & Soh yang melibatkan laporan fitnah yang terkandung di dalam akhbar tersebut.

"Ini berkaitan dengan sebuah berita fitnah yang diterbitkan oleh Utusan Malaysia bertarikh 6 Mac di bawah tajuk 'RM500,000 Syed Husin dicabar lapor polis'.

"Dalam berita tersebut, ada pertuduhan kononnya saya menerima RM500,000 daripada Anwar Ibrahim sebagai bayaran untuk membubar Parti Rakyat Malaysia (PRM) bagi memudahkan percantuman dengan Parti Keadilan Nasional lalu membentuk Parti Keadilan Rakyat," katanya.

Justeru itu, kata beliau, pihaknya kini telah mengarahkan peguamnya untuk mengambil tindakan undang-undang yang perlu terhadap mereka.

"Tindakan undang-undang itu akan dibuat sekiranya tiada jawapan daripada mereka dalam tempoh tujuh hari daripada tarikh surat tuntutan itu," tambah beliau lagi.

DAPAT DUIT SAMAN NI KENDURI SELURUH MALAYSIA....

No comments: