RASAKAN


Yeni Marianti Sudirman, 30, warganegara Indonesia, berkata beliau menemui Muntik dalam keadaan itu selepas anak lelaki majikan mangsa yang berumur kira-kira tiga tahun menunjukkan ke arah pintu tandas sambil berkata "akak, akak".

"Pintu tandas itu dikunci dari luar menggunakan selak dan selepas saya buka pintu, saya nampak orang itu (Muntik) seperti sedang tidur, tangan diikat dan kepalanya botak.

"Saya nampak dia dari bahagian atas badan sahaja sebab saya tidak buka habis pintu tandas itu kerana saya takut. Masa itu saya tidak cam sama ada dia lelaki atau perempuan," katanya semasa menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Idham Abdul Ghani pada hari pertama perbicaraan kes A.Murugan, 35, yang didakwa membunuh Muntik, 40.

Tertuduh, penjual air tebu, didakwa melakukan kesalahan itu di rumahnya di No. 11, Jalan Datuk Yusof Shahbudin 6, Taman Sentosa, Klang antara 18 dan 20 Oktober lepas dan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.


Gerard, 41, berkata selepas selesai merakam keterangan, beliau pergi ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, untuk melawat Muntik yang dirawat di wad kecemasan dan wanita itu dilihat berada dalam keadaan yang teruk kerana terdapat kecederaan di wajahnya, kepalanya dibotakkan dan terdapat luka besar di kaki kanan selain banyak kecederaan lain di seluruh anggota badannya.

"Ketika saya berdiri di sebelah katilnya, Muntik mengangkat tangan kanannya dan pegang tangan saya serta cium tangan saya dan ucapkan terima kasih kepada saya. Saya kemudian tanya dia siapa buat dan dia jawab tuan yang buat," katanya.

Gerard berkata, kira-kira pukul 11.30 malam pada hari kejadian (20 Oktober), seorang lelaki bernama Murugan telah menghubungi beliau memaklumkan bahawa isterinya telah ditangkap polis kerana didakwa mengurung pembantu rumah mereka di dalam tandas dan meminta nasihat beliau mengenai cara untuk membebaskan isterinya.
Saksi itu berkata melalui perbualan telefon itu, beliau dapat mengenali Murugan kerana pernah mewakili tertuduh dalam satu kes gaduh dua tahun lepas, di mana tertuduh dilepas tanpa dibebaskan daripada tuduhan itu.

Gerard berkata melalui perbualan telefon itu juga, beliau akhirnya mendapat tahu bahawa Murugan ialah majikan Muntik dan tertuduh memberitahu bahawa dia telah memukul Muntik kerana wanita itu telah memukul anaknya.




he...he.....he.....rasakan





No comments: