RAKYAT HARUS BEBAS BERSUARA,SAYA DI FITNAH_DR ASRI





BUKIT MERTAJAM-Dr Asri yang berceramah di markas tarbiah Ibnu Qayyum di Mengkuang menjelaskan bahawa atas alasan apa beliau di tahan.Ini adalah kerana menurut beliau rakyat haruslah di benarkan menyuarakan pendapat dengan berani bersuara dengan terang dan benar.menurut beliau lagi,Islam itu adalah sesuatu yang indah jika pandangan dan pendapat itu adalah benar tanpa melindungi sesuatu yang disebaliknya.


Kebebasan bersuara haruslah diberikan kepada rakyat dan golongan moden dari kalangan anak muda yang mendapat pendidikan tinggi, namun tidak dibenarkan bersuara.Menurut beliau lagi, tindakan yang beliau lakukan tidak mewakili mana-mana fahaman politik malah beliau berkata yang benar berdasarkan nas dan hadis tanpa menyeleweng.


"Adakah dengan bersuara sesuatu yag bertentangan itu dianggap sebagai menentang.Ada yang membawa memorendum kepada Agong menyatakan saya mengajar dan berfahaman wahabbi?Jika begitu semua pelajar saya di USM akan dianggap sebagai mendapat pandangan yang salah.Saya mempunyai penuntut dikalangan pelajar yang membuat master dan juga Phd,Jadi saya bersalahkah?"

Menurut beliau lagi, ILIM JAKIM Zamihan Mat Zain Al Ghari serta persatuan peguam syarie Malaysia adalah antara pihak yang bertanggungjawab jika semua dakwaan ke atas beliau ini adalah tidak benar.


"Saya akan mengambil tindakan ke atas mereka-mereka ini kerana menjatuhkan maruah serta kresdibili saya sebagai seorang insan yang bertanggungjawab dengan apa yang saya lakukan selama ini.Saya punya sijil dan tauliah dan takkan saya mengajar selama ini tanpa kelulusan dan sebagai bekas mufti apakah ini masih menjadi satu isu yang menyatakan saya memalsukan sijil saya", tagas Dr Asri.

Semasa menjalankan tangkapan ,menurut beliau pihak berkuasa yang seramai hampir 50 orang dan pegawai JAIS yang langsung tidak beretika ketika menahan beliau .Adakah ini caranya kita menunjukkan cara kita kepada masyarakat bukan islam dan Ini amat memalukan.
Ceramah yang di hadiri hampir seribu orang itu meberikan penjelasan bahawa ada pihak -pihak tertentu yang mahukan beliau ditahan.Saya bukan mahukan jawatan di YADIM dan cuba tanya jika Hj Nakaei diterima oleh PAS dan Umno?saya tidak mahu menyatakan siapa di sebalik semua ini, namun ianya amat sedih bagi menghalang golongan yang mahu mendapatkan ilmu dan amat sedih kerana jika pandangan kita yang berbeza dianggap menentang.