UMNO TIDAK AKAN DAPAT 2800 UNDI KAUM INDIA


Kenapa Umno masih gagal untuk mendapatkan 2800 undi kaum India ialah kerana sejak berdekat lalu hingga piihanraya 2008 , kaum India di kawasan tersebut telah di pinggirkan .Kini mereka kembali semula sebagai pengundi dikawasan tersebut sejak sekian lama , setelah jhanji-janji lama yang belum tertunaikan,malah mereka masih lagi di piggirkan. Sehingga kini, semua janji yang ditaburkan kepada mereka masih belum lagi tertunai.Kini Umno akan kembali untuk mendapatkan undi mereka,Namun semua ini mungkin akan tinggal impian buat Umno.


Menurut Vashantha Kumar, yang juga bekas pimpinan Hindraf, mahukan masyarakat India memeberikan undi kepada calon PAS manakala , Uthaya Murthy pula menyeru agar kaun India memboikot pilihanraya ini untuk menunjukkan betapa mereka marah dengan apa yang terjadi.



Namun berlainan pula dengan MIC dan juga Makkal Sakhti , yang dikatan di Taja oleh DSNajib Razak , parti yang begitu yakin yang mereka akan dapat memenangi semula hati kaum India.Satu kajian yang dijalankan keatas kaum India yang mempunyai 20% undi dari 13000 pengundi secara keseluruhannya juga,menunjukkan bahawa mereka memangkah PR adalah kerana marah kepada Umno?MIC yang memiggirkan mereka selama ini.


Satu kajian yang dijalankan ke atas masyarakat India menunjukkan bahawa kaum Inida di pisah-pisahkan ke beberapa bahagian dan mereka pula telah dipinggirkan dari arus pembanggunan negera sejak berdekat lamanya,ini termasuklah dari segi kehidupan beragama,sekolah mereka,dan juga cara hidup mereka sendiri.



Manakala di kawaan sekolah mereka pula , amat daif sekali, dimana kelihatannya bumbung yang bocor, paip yang pecah dan ini adalah tanda kepada kehidupan yang begitu daif.Malah kaum remaja berpindah kekawasan lain untuk mendapatkan kerja yang tidak memerlukan kemahiran yang tinggi seperti di Nilai,Johor dan Seremban.


Malah seorang penduduk Ganesan 37 memberitahu bahawa kerajaan seolah-olah tidak melihat apa yang akan berlaku kepada mereka ,malah semuanya seolah-olah kami tidak ada dimata mereka."kami tidak diberikan semua bantuan dan juga latihan vokasional da juga segala macam lagi aktiviti yang tidak akan melibatkan kami di sini."


Saya akan tetap mengundi PAS lagi kerana saya marahkan kerajaan yang meminggirkan kami di kawasan ini.Kata Ragu seorang peniaga kecil"Sama seperti kerajaan bencikan PAS, kami juga merasa simpati dan bencikan Umno", kata beliau lagi.

Namun dalam perkembangan lain , seorang guru sebuah sekolah Tamil disini menjelaskan bahawa ISA Samad akan memenagi undi di kawasan ini kerana undi kaum Melayu dan juga tentera."Akan tetapi beliau kan kehilangan undi kaum India sama seperti apa yang berlaku pada tahun yang lalu", demikian jelas beliau lagi.