Bercakap dalam sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di parlimen petang tadi, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu ianya bagi menjaga hubungan baik antara parti dalam Pakatan Rakyat.
"Kita putusakan dengan tegas bahawa semua pendapat diselesaikan mengikut ruang yang ada sama ada di peringkat negeri ataupun Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di peringkat pusat," katanya yang juga penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR).
"Ketiga-tiga pimpinan parti telah memberikan arahan cukup jelas dan tidak akan bertolak ansur dengan mana mana usaha ataupun kenyataan yang dikeluarkan yang boleh menyebabkan keruhnya hubungan antara parti di peringkat bawah," katanya lagi.Sejak akhir-akhir ini terdapat wakil rakyat dan juga ahli parlimen yang seringkali mengeluarkan kenyataan yang dilihat akhirnya terpaksa di selesaikan oleh pemimopin di erigkat pusat.Ini pula seringkali berlaku apabila sesuatu pilihanraya kecil akan di adakan.Kita ambil contoh isu di Kedah dan Pulaua Pinang yang telah di manipulasikan oleh Bn menjelang pilihanraya manik uarai akibat tindakan adun PR.
Begitu juga apabila kes yang berlaku di Shah Alam menjadikan isu ini dimenangi oleh Bn dalam mempropagandakan isu, dan ini adalah kesilapan di pihak PR sendiri. Jika tren ini berterusan,adalah tidak mustahil keyakinan rakyat untuk mengundi PR akan hilang.