| |
Beliau yang kecewa dengan sikap sambil lewa SPRM dan majikannya, meminta Harakahdaily bertanya sendiri kepada Pengarah Urusan PPSB, Datuk Ahmad Ibnihajar berhubung penggelapan diesel tersebut. (Gambar:Pengarah Urusan PPSB, Datuk Ahmad Ibnihajar): Tambahnya lagi, Ahmad juga boleh menjelaskan konspirasi rasuah antara beberapa ahli lembaga pengurusan PPSB dan pengantara yang membekal minyak kepada PPSB, iaitu Koperasi Tanjong Sdn. Bhd. Dakwanya lagi, jika kes tersebut dibongkarkan, sekaligus mendedahkan wajah sebenar pemimpin Umno negeri, khususnya Umno Bahagian Tanjong; iaitu pemain utama dalam Koperasi Tanjong Sdn. Bhd. |
Menurut pekerja yang enggan identitinya diketahui umum itu, dianggarkan kehilangan diesel tersebut bernilai antara RM1.2 juta sehingga RM1.8 juta.
Tetapi, menurut laporan bertulis kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 8 Jun lalu, anggaran minima penyelewengan itu adalah RM1.2 juta sahaja.
Ujarnya lagi, kes tersebut turut dilaporkan pada Ketua Audit Dalaman majikannya, tetapi sehingga kini tiada sebarang pendakwaan dibuat kepada pihak yang terbabit.
ADA USAHA SABOTAJ MELALUI PIHAK BERKUASA TEMPATAN
Selain kes pecah amanAh di jabatan dan sektor swasta dan GLC kerajaan negeri pihak majlis tempatan juga punya di katakan cuba disabotaj di mana pekerja-pekerja bawahan yang mengutip sampah,dan pembersihan sengaaja melewat-lewatkan tugas mereka dan ini sudah tentulah orang ramai merungut.Walau ada wakil PR sebagai ahli majlis, mereka tidak mampu memantau keadaan kerana kerap kali di sabotaj dengan berbagai cara.Misalnya mengangkut sampah di waktu sesak diketika orang ramai keluar bekerja sekitar jam 7 pagi dan 8 pagi.Ianya sepatutnya berlaku jam 5 pagi.
Selain itu terdapat juga tong-tong sampah yang di sediakan ,dibakar sampah yang berada di dalamnya dan ada orang ramai yang melihat.Perbuatan ini sekaligus memburuk kan nama ADUN di kawasan yang terlibat.Rungutan orang ramai terhadap wakil rakyat adalah berpunca dari tindakan pihak-pihak yang berda di majlis tempatan yang mensabotaj melalui pekerja-pekerja di bahagian penyelengaraan kemudahan awam.Kerajaan negeri harus menyiasat perkara ini kerana ianya akan mengakibatkan berlakunya salah tafsir ke atas kerajaan negeri sendiri.