PAKATAN RAKYAT AKAN DI PERKUKUHKAN LAGI.

updates 31/7/2009 12.00 tghari


KUALA LUMPUR- Pakatan Rakyat akan mengukuhkan lagi kedudukan apabila sedang giat berusaha bagi mendftarkan pertubuhan mereka menjadi sepertimana Barisan Nasional yang telah di daftarkan.

Bekas Menteri di JPm Dato Zaid Ibrahim yang menuis didalam blognya semalam menjelaskan bahawa , ada kritikan yang membina dalam blognya bahawa ada yang menyertai PR tetepai tidak berbuat apa-apa malah halatuju PR dilihat tidak jelas sebagaimana yang di lakukan Bn.

"Sebenarnya sejak menyertai PR kami telah melaksanakan tugas yang diamanahkan"

"Semua tindakan kami dan kerja kami sebenarnya adalah atas tiket PR, bukan tidak bekerja atau atas nama individu" demikian jelas beliau lagi.

Dibawah undang-undang sesebuah pertubuhan, ianya semestinya mempunyai sekurang-kurangnya 7 buah parti. Oleh yang demikian, PR harus menjemput sekurang-kurangnya 5 buah parti lagi untuk menyertai mereka sebelum di daftarkan lambangnya.

Menurut Zaid lagi ,perkara tersebut boleh dicapai.



" Rakyat akan diberikan pilihan sebenar dalam pilihanraya yang akan datang;ianya akan wujudnya satu lawan satu "tambah beliau lagi.


Pemimpin PR akan berbincang dengan beberapa parti politik tertentu untuk menyertai barisan PR.Dalam masa yang sama perbincangan antara ke tiga-tiga parti utama PKR,PAS dan DAP diteruskan dengan polisi sedia ada.


"Saya merasa bimbang dengan kritikan yang menyatakan bahawa polisi PR yang tidak jelas .Rakyat menyatakan dengan perbezaan ideologi, Pakatan tidak akan dapat bersama sepertimana Bn lakukan"


Zaid berkata bahawa para pemimpin dan ahli sudahletih untuk menjadi pembangkang selamanya dan telah membuktikan kepimpinan dan tugas-tugas mereka serta pendirian masing-masing walaupun di asak dengan berbagai cabaran oleh apa yang beliau rujuk sebagai "pemerintahan diktaktor kerajaan Bn "

"Mereka(PR) diuji dari masa ke semasa.Mereka di tahan ,di jel, ditahan di bawah ISA dan penyokong mereka bijak dan berani".

Zaid jugamendakwa bahawa strategi Bn sekarang ialah untuk menghancurkan Pakatan Rakyat dengan berbagai cara termasuk dengan mengurangkan keyakinan rakyat kepada pimpinan PR dan memperlagakan sesama sendiri kerana " mereka takut dengan pertandingan satu lawan satu

Walau pun adanya beberapa kelemahan yang dilakukan oleh PR, namun ianya dalam proses mengenali dan pimpinan PR bertekad untuk memeperbaikinya dan selain itu memberi pilihan terbaik buat rakyat selain Bn.