MENANG TIPIS ,TETAP MENANG.JANJI MESTI BERTANDING












Kemenangan PAS di Manek Urai walau pun tipis haya 65 undi namun ianya satu kemenangan.Walau apa pun Umno berkata bahawa kemenangan itu membuktikan sokongan kepada UMno meningkat, mungkin kerana di Manek Urai kurang pendedahan media lain dan tidak begitu cepat berbanding di tempat-tempat lain.


Disamping itu kemenangan ii dipengaruhi juga berkaitan dengan isu yang diperbesarkan oleh media iaitu kes pusat penyembelihan babi dan juga isu kampung Buah Pala di Pulau Pinang.Kedua isu ini berjaya di mainkan oleh media Tv kerana ianya tidak dapat di perjelaskan secepat mungkin kepada masyarakat Manek Urai kecuali ceramah yang tidak dihadiri semua penduduk manek Urai.Peranan media Bn seperti biasa mempengaruhi masyarakat dengan isu yang sebenarnya sedang berjalan sekarang ini dan akan mengenai Umno dan Bn.


Faktor calon mungkin sedikit sebanyak mempengaruhi para pengundi. Selain itu juga faktor wang dilihat dengan jelas bermain di kalangan masyarakat dengan berbagai bantuan yang boleh dikatakan sebagai "rasuah" yang tidak nyata di kalangan pengundi.