MANSUHKAN SEGERA ATAU LAGI DEMONTRASI


Para pejuang bahasa sekali lagi memberi amaran agar PPSMI di mansuhkan serta merta atau menghadapi sekali lagi demontrasi besar-besaran.Lidah pengarang dalam blog ini ada memberi kiasan beberapa hari lepas bahawa ianya mungkin kerana pertimbangan politik ketika pilihanraya Manik Urai.

Hari ini ramai yang menyedari bahawa betul ianya di mansuhkan, namun bukan sekarang tetapi tahun 2012, maknanya ianya di tangguhkan.Maka kerana itu hari ini A.Samad Said menjelaskan bahawa satu demontrasi besar-besaran harus di adakan bagi mendesak pihak kerajaan menghentikan serta merta.

"Untuk mendesak agar kerajaan memansuhkan serta merta PPSMI, satu demontrasi harus di adakan.Demontrasi adalah halal" demikian di petik dari apa yang beliau ucapkan.Malah menurut GMP yang diketuai oleh ASamad Said sebagai penasihat nya menjelaskan bahawa kerajaan seharusnyalah menghapuskannya bukan di tahap sekolah rendah sahaja , malahan meliputi semua peringkat pengajian bagi memartabatkan Bahasa Kebangsaan.