Dr Khir bersua dengan ‘ ejen hartanahnya’

July 9, 2009 : 02.34 AM



Bekas Menteri Besar Datuk Seri Dr Khir Toyo,ADUN BN Sungai Panjang Rabu bersua dengan ‘ ejen hartanahnya’ yakni ADUN DAP Sekinchan Ng Suee Lim yang mempersoalkan tentang harga banglonya di Seksyen 7,Shah Alam sewaktu sidang Dewan Undangan Negeri Selangor.
Mereka kelihatan berbual sejenak di luar dewan.


Ng yang ditemui wartawan kemudian memberitahu beliau telah minta kunci rumahnya untuk membolehkannya tunjuk kepada pembeli setelah sahut cabaran Dr Khir untuk jual rumah itu pada harga RM24juta. "Tadi saya minta kunci dengan dia, dia minta saya bagi deposit 10 peratus dahulu. Saya kata pembeli belum tengok macam mana nak bagi deposit. "Dia suruh saya jumpa di mahkamah, saya tidak ada masalah...tapi kunci bagilah kalau tidak macam mana saya nak jadi ejen hartanah," katanya.


Dr Khir yang menggangap tindak tanduk Ng sengaja hendak mencemar imejnya dilaporkan memberitahu beliau mampu membayar pinjaman bank RM15,000 sebulan untuk rumah berkenaan. Katanya kini sebagai ADUN biasa beliau sudah boleh menjalankan perniagaan. Menurut Dr Khir hasil pendapatan dari beberapa perniagaanya mampu menampu bayaran pinjaman berkenaan.