MB GANTUNG TUGAS SETIAUSAHA DAN JUGA PENASIHAT UNDANG-UNDANG NEGERI
updates 8.00am 12/5/09
Menteri besar sah dan 8 EXCO hari ini telah masuk bertugas seperti biasa, manakala para wartawan tidak dibenarkan masuk.Kehadiran begitu besar pasukan keselamatan di kawasan banggunan kerajaan negeri hari ini melihatkan MB beserta EXCO kerajaan negeri memasuki pejabat kerajaan negeri dengan tenang. Semua pekerja juga dibenarkan masuk tanpa ada sebarang sekatan kecuali wakil media.
Turut kelihatan ialah 5 buah terak FRU , 50 anggota keselamatan berunifom.Nizar sampai jam 7.30 pagi dan tidak dibenarkan memasuki pejabat secepat mungkin dan cuma 8 Exco sahaja dibenarkan masuk.Sebelum memasuki pejabat, Nizar dan Exco kerajaan negeri berdoa sebelum memasuki pejabat.
Kerajaan sah Perak hari ini telah menggantung semula tugas penasihat undang-undang dan juga setiausaha kerajaan negeri mulai hari ini 12 Mei setelah didapati cuai dan memainkan peranan dalam beBerapa insiden sejak 3 bulan kebelakangan ini disamping mengenepikan kehendak majoriti rakyat .Mereka Datuk Dr Rahman Hashim dan Datuk Ahmad Kamal Mad Shahid.
Datuk Jamaluddin Al Amini Ahmad akan menggantikan sebagai setiausaha kerajaan negeri manakala bagi penasihat undang-undang pula pihak kerajaan negeri akan menggunakan peguam sendiri sehingga kini.
Menurut YB Nizar lagi sebagai memUlakan tugas pertama hari ini dan adanya majlis di istana Kuala Kangsar beliau akan megutuskan surat bagi memohon keBawah Duli Tuanku untuk menjelaskan beberapa perkara termasuklah cadangan bagi mengistiharkan pembubaran DUN agar pilihanraya negeri Perak akan dapat dijalankan dan diberi mandat kepada rakyat untuk menentukannya. Malah beliau mendakwa bahawa jika tuanku perkenan akan cadanagan ini Nizar mendakwa pastinya rakyat akan memberikan sokongan yang lebih lagi kepada Pakatan Rakyat setelah mereka menyaksikan sendiri bagaimana speker diusung keluar secara paksa dan ini tidak bertamaddun.
Mengenai polisi terhadap tanah dan polisi yang dibuat oleh kerajaan Bn , akan di semak.jika ianya memberikan keuntungan kepada rakyat akan diteruskan dan begitulah sebaliknya.Semua inisiatif selama 3 bulan yang di berikan dan diumumkan oleh kerajaan Bn sebelum ini kepada Dato Zamrry akan di berikan.
Mengenai kerjasama dengan kerajan pusat ,Nizar menjelaskan bahawa ianya akan mengutamakan rakyat dan percaya semuanya akan dikembalikan dan utamakan rakyat sebelum berbincang soal 1st Malaysia.
"Saya mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan Tuanku Sultan, malahan semasa di sidang DUN tempoh hari pun saya berbual dengan sultan.Cuba anda saksikan sendiri siapa yang sultan berbual dan bersalam dahulu dan siapa yang terakhir merujuk kepada Zamry yang disalam oleh baginda tuanku pemangku raja Perak dimasa persidangan DUN"
Nizar dijangka ke istana untuk mengadap Tuanku Sultan..
Foto by Malaysiakini and Choo Coy May Malaysian insider