PULAU PINANG-Lantikan YB Yusmadi sebagai Ketua AMK negeri adalah dengan sokongan sebulat suara dari semua ketua-ketu AMK negeri.Oleh yang demikian secara rasminya lantikan YB Yusmadi untuk mengepalai AMK Negeri ini akan mendapat kerjasama semua ketua-ketua AMk negeri.
Hasil maklumat yang diperolehi,artikel yang disiarkan semalam melalui karung mail WRLR tidak disunting dan ini mengeruhkan keadaan.Setelah team WRLR berbincang dan melakukan siasatan didapati bahawa perlantikan YB Yusmadi dengan sokongan oleh semua ketua AMK Bahagian di Pulau Pinang.Walau mungkin ada pertentangan itu adaah amalan demokrasi dalam sebuah parti seperti PKR.
Oleh yang demikian kita berharap semua gerak kerja PKR negeri di Pulau Pinang akan berjalan lancar dan segala semua kesilapan harus di perbetulkan.Perlantian yang dilakukan semalam di hadiri sendiri oleh Ketua AMK Pusat Sdr Shamsul Iskandar dengan membawa mesej jelas dari Dato Seri Anwar Ibrahim dan dengan persetujuan yang akhrab dan kerjasama jitu semua Ketua-Ketua AMK bahagian di seluruh Pulau Pinang,persetujuan melantik YB Yusmadi dilihat sesuai kerana latarbelakang beliau dalam pimpinan belia di peringkat Nasiaonal dan International.